Monday, 18 April 2016

Akhirnya Fizo Omar Mengakui Ada Pelanggan Dibayar Untuk Berebut Tudung Fareeda

Akhirnya Fizo Omar Mengakui Ada Pelanggan Dibayar Untuk Berebut Tudung Fareeda. Menjelaskan perkara yang berlaku, Fizo Omar mengakui sebenarnya memang terdapat pelanggan yang menerima bayaran untuk mendapatkan tudung Fareeda sehingga menyebabkan ramai yang sanggup beratur di depan butiknya.

Walau bagaimanapun, demi membersihkan nama Fareeda yang sudah tercalar, Fizo Omar menegaskan bahawa mereka bukanlah dibayar oleh pihak butik Fareeda tetapi mereka dibayar oleh ejen-ejen yang ingin menjual semula tudung tersebut.

“Saya akui, memang benar mereka dibayar, tetapi bukan dari pihak Fareeda. Mereka menerima bayaran dari pihak ejen yang ingin menjual semula tudung Fareeda”

Untuk pengetahuan semua, perkara itu berlaku kerana setiap seorang hanya diberikan satu nombor dan hanya boleh memberli sebanyak empat helai tudung”

Akhirnya Fizo Omar Mengakui Ada Pelanggan Dibayar Untuk Berebut Tudung Fareeda

“Mungkin disebabkan itu, ada ejen yang mengupah mereka, barangkali membayar 10 orang untuk mendapatkan nombor giliran. jadi tidak timbul isu pihak kami yang mengupah atau membayar mana-mana individu”

Fizo juga menafikan perkongsian video yang menjadi buah mulut orang ramai itu bertujuan untuk menunjukkan riak kerana produk tersebut laku, lapor Mynewhub.







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...