Friday, 1 April 2016

Adik Najib Mengakui Lulus Keluarkan Dana Politik AS$7 Juta Pada Najib

Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak membuat pengakuan bahawa abangnya Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bantuannya bagi meluluskan wang tunai untuk membantu jentera parti itu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi CIMB Group, itu menganggap, percaya dan bersangka baik bahawa wang dana diperoleh itu datangnya daripada pengumpulan dana politik yang sah.

“Kesemua jumlah itu telah diedarkan dan tidak ada satu sen pun saya simpan,” katanya menerusi Instagram.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam, Nazir mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari Najib yang juga merupakan Presiden UMNO.

Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.




Jom turun beramai-ramai!!



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...