Thursday, 21 April 2016

Adenan Satem Tidak Suka Umno.. Ini Buktinya

Adenan Satem tidak suka Umno.. ini buktinya. Adenan Satem memberi amaran akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak, jika UMNO menubuhkan cawangan di negeri itu.

Adenan yang dipetik Borneo Post Online turut berjanji UMNO tidak akan bertapak di Bumi Kenyalang, selagi beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak.

“Mereka boleh datang dan bantu berkempen pada pilihan raya, tetapi mereka tidak akan menubuhkan cawangan-cawangan di Sarawak, kerana BN sudah sangat kuat di Sarawak,” kata Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu sambil menambah, beliau telah menjelaskan pendiriannya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adenan Satem tidak suka Umno.. ini buktinya. Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, UMNO boleh sampai ke Sabah, kerana BN Sabah “amat lemah”.

Ini bukan kali pertama Adenan menyuarakan pendiriannya tidak mahu UMNO menubuhkan cawangan di Sarawak secara terbuka.

Dalam satu temubual pada bulan lalu, Adenan berkata, menggantikan PBB dengan UMNO akan menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat bukan Melayu, selain berisiko menjejaskan autonomi Sarawak dari segi imigresen, lapor FMT.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...