Saturday, 23 April 2016

Adenan Satem Makin Ketar Lutut

Adenan Satem makin ketar lutut. Tiga lagi pemimpin pembangkang dari Semenanjung dihalang memasuki Sarawak hari ini.

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP), Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (PKR) dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon (PKR).

Hannah berkata, beliau ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu.

“Dilarang memasuki Sarawak. Terpaksa bayar RM1,030 untuk pulang ke KLIA. Saya ke sini untuk menghadiri acara anjuran sebuah gereja.

“Tiada siapa di sini yang boleh berikan penjelasan, kecuali berkata ‘kami hanya ikut arahan sahaja’,” tulisnya di Twitternya.

Penahanan Tze Tzin dan Khai Loon pula dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Adenan Satem makin ketar lutut. Beliau menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu: “Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) dihalang masuk ke Sarawak jam 11.45 pagi tadi.”

Mereka bertiga adalah pemimpin pembangkang terbaru yang dihalang memasuki negeri itu, selepas Liew Chin Tong turut dikenakan larangan tersebut 16 April lalu, juga di Sibu.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berulang kali menegaskan tidak akan membenarkan ‘golongan pelampau memasuki Sarawak’.

Pelbagai pihak, terutama pembangkang menyifatkan tindakan itu sebagai menghalang pembangkang dari Semenanjung menyertai kempen PRN kali ini, apatah lagi selepas Adenan sendiri mengatakan mereka yang dilarang boleh berkunjung ke Sarawak selepas PRN berakhir.



7 comments:

  1. lepas prn swak, jgn visit swak sbg pelancong. ajar sikit org yg tak bertamaddun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju bro. nama jer dalam Malaysia tapi kalau nak masuk sarawak kena pakai pasport antarabangsa. lebih baik visit vietnam lagi baik. mykad sama tapi double standard. macam bagus tapi haram tak bagus pun!

      Delete
  2. akuk satuju banar boikot aja sarawak tu'

    ReplyDelete
  3. Dah merempat lagi mau undi bn

    ReplyDelete
  4. mana pernah berlaku dlm satu negeri x blh masuk dn berkunjung..tindakan kuno n primitive..

    ReplyDelete
  5. biar lah aku dedah kan...ini merupakan perancangan sabah dan sarawak utk keluar dari semenanjung...sekira nya UMNO-BN tewas PRU14 nanti pemimpin sabah sarawak tubuh kerajaan sendiri...sejak sebelum PRU13 lagi...bila UMNO-BN mcm nak kalah tapi ini lah peluang terakhir sarawak dari adnen satim tuntut dari semenanjung apa yang semenanjung dapat negeri sarawak pun mesti dapat untuk rakyat sarawak.

    ReplyDelete
  6. mulih tah kamu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...