Tuesday, 19 April 2016

4 Ahli Parlimen Kena Halau Dari Parlimen

4 Ahli Parlimen Kena Halau Dari Parlimen. Empat ahli parlimen pembangkang yang sedang mengadakan sidang media di Lobi Parlimen diusir oleh Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Keempat-empat ahli parlimen itu menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen PKR Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin, dan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong

Abu Zahar ketika itu sedang memasuki Lobi Parlimen menuju ke Dewan apabila ternampak empat ahli parlimen tersebut sedang mengadakan sidang media lalu menghampiri mereka dan mengarahkan kesemuanya keluar daripada Lobi Parlimen.

Empat ahli parlimen itu akur arahan tersebut dan kemudiannya menyambung sidang media berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar bangunan Parlimen.

4 Ahli Parlimen Kena Halau Dari Parlimen

Sementara itu dalam Dewan, Abu Zahar menyatakan pendirian bahawa ahli Dewan Rakyat tidak ada hak untuk menggunakan Parlimen ketika Dewan Negara bersidang.

“Saya rasa kalau nak buat sidang media memang tidak ada masalah, tapi apa hak mereka nak gunakan Parlimen? ini bukan persidangan Dewan Rakyat, tidak dibenarkan selain daripada ahli Dewan Negara bagi kenyataan.

“Jangan kacau persidangan Dewan Negara bersidang, begitu juga dengan Dewan Negara, jangan kacau Dewan Rakyat, hormati dewan, itu pendirian saya,” katanya yang dipetik portal bnbbc.com.my.

4 Ahli Parlimen Kena Halau Dari Parlimen

Beliau juga meminta pihak kawalan keselamatan mengambil maklum perkara tersebut dan tidak membenarkan ahli Dewan Rakyat memasuki lobi Parlimen ketika Dewan Negara bersidang.

Pendirian tegas Abu Zahar disokong ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Mohamad Ali Rustam yang berpendapat, pembangkang tidak patut mengambil kesempatan menggunakan kemudian sidang media ketika bukan sidang Dewan Rakyat, lapor FMT.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...