Friday, 11 March 2016

Umno Semakin Intim Dengan PAS.. Ini Petanda Baru?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak Deklarasi Rakyat.

“Saya menyambut baik pandangan yang penuh integriti itu, yang membuktikan PAS bersikap rasional dengan menolak budaya memecat pemimpin yang bercanggah dengan demokrasi.

“Ini sejajar dengan kenyataan saya sebelum ini, bahawa Perdana Menteri telah dipilih melalui sistem pilihanraya dan demokrasi yang sah,” katanya dalam sidang media di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Semalam, Hadi menyifatkan Deklarasi Rakyat sebagai usaha sia-sia memandangkan matlamatnya untuk mendesak Perdana Menteri letak jawatan hanya boleh dicapai melalui pilihanraya dan undi tidak percaya.

Dalam pada itu, Zahid mendakwa Deklarasi Rakyat tidak mewakili rakyat terbanyak, tetapi hanya usaha sebilangan kecil pemimpin radikal.

“Janganlah kita perdaya dan kelirukan rakyat, kononnya Deklarasi ini mewakili majoriti masyarakat…(Walhal) hanya didokong sebilangan kecil pemimpin radikal semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih rakyat sendiri,” katanya lagi.

Memetik laporan sebuah portal, pihak yang menandatangani deklarasi itu telah bermesyuarat buat kali pertama semalam dan menimbang melakukan siri jelajah bagi menghebahkannya kepada orang ramai.




Addin:

Hubungan PAS dan Umno semakin intim.. Seeloknya PAS dan Umno umum penggabungan mereka sebelum pada PRU14 lagi.

Senang rakyat buat pilihan kerana PAS dilihat oleh rakyat bukan seteru Umno lagi. Namun perkara itu mungkin tidak berlaku kerana penolakan ahli PAS ke arah penggabungan itu.

Masih ada ahli PAS yang masih bertahan dalam PAS namun tidak setuju dengan tindak tanduk pemimpin mereka.

Mungkinkan PAS jadi 3rd force untuk memecahkan undi pembangkang pada PRU14? Sudah tentu yang dapat kredit adalah Umno yang akan meneruskan legasi yang menyusahkan rakyat..






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...