Thursday, 17 March 2016

Umno Pasti Sakit Hati Dengan Perkembangan Ini..

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu perlu melakukan perbincangan terlebih dulu sebelum sebarang keputusan mengenai kemungkinan wujud kerjasama dengan blok baru pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu, sekiranya pakatan baru dua parti politik itu "mempunyai matlamat sama" untuk menentang kezaliman kerajaan kini, kerjasama itu "mungkin" boleh dilakukan.


"Apa kita lakukan untuk negara dan rakyat, kalau mereka ada kesamaan, itu boleh bentuk kerjasama tapi untuk (secara) formal, mesti kena bincang dululah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada PKR tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan blok baru pembangkang dibentuk PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) semalam.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...