Saturday, 19 March 2016

Berita Gempar Masuk..

Lim Guan Eng
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, SPRM berkata pihaknya telah merakam keterangan pengadu berhubung isu itu.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

“Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian,” menurut kenyataan itu.

Isu pembelian rumah ini berbangkit selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen baru-baru ini melahirkan rasa khuatir pembelian rumah itu berkait dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang dimaksudkan untuk projek rumah kos rendah.

Hari ini, FMT memuatnaik kenyataan penuh Lim Guan Eng yang menafikan sebarang salahlaku di pihaknya.

Lim Guan Eng mendedahkan bahawa beliau membeli rumah dua tingkat di Jalan Pinhorn, pada 28 Julai 2015 daripada seorang individu, dan bukan pemaju swasta. Pembelian dibuat dengan pinjaman bank RM2.1 juta, dan RM700,000 tunai.

Guan Eng turut menafikan kaitan antara pembelian rumah dan penjualan tanah Taman Manggis. Katanya, penuduh sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin terpaksa menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada beliau sebanyak dua kali di dalam kamar mahkamah selepas disaman kerana memfitnah.

Shaikh bagaimanapun menafikan pernah menarik balik kenyataan behubung isu Taman Manggis.

“Saya langsung tidak menarik balik perkara-perkara penyelewengan yang telah saya bangkitkan dahulu terhadap proses tender, penilaian tanah, penilaian tender, perolehan tender, penglibatan pihak berkepentingan dalam Skandal Taman Manggis,” jawab Shaikh.










1 comment:

  1. Selagi leh divert dari isu lge jadi isu sprm plak...bantaila...tapi ilmu sama jer cam tokguru...bila ditanyabpsl rumah...dia jwb xdak swimpool...hahahahahahahaha

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...