Monday, 28 March 2016

Sirul Azhar Muncul Kembali..

Sirul Azhar Muncul Kembali. Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau pernah menawarkan bantuan kepada bekas komando polis Sirul Azhar Umar untuk mendapatkan suaka di Australia.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam temu bual dalam rancangan 60 Minutes, rancangan hal ehwal semasa terbitan Australia yang memaparkan segmen di Malaysia bertajuk Dirty Secrets, semalam.

Mahathir ditanya sama ada beliau menawarkan Sirul yang kini dalam tahanan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney sebarangan dorongan atau habuan untuk "bercakap benar" mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tiada dorongan ... Saya bercakap dengannya melalui telefon.

"Saya ada beritahu dia bahawa jika saya boleh bantunya dapatkan suaka di Australia, kerana dia takut jika sesuatu berlaku kepadanya jika dia kembali, saya akan cuba," kata Mahathir.

Sirul Azhar Muncul Kembali

Pada bulan Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menarik balik keputusan yang membebaskan Sirul dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri dan menjatuhkan hukuman gantung ke atas mereka berhubung pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul bagaimanapun telah melarikan diri ke Australia sebelum keputusan mahkamah itu diputuskan.

Undang-undang Australia menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi hukuman mati di negara asalnya tidak akan dihantar pulang.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini melalui telefon pada bulan Februari 2015, Sirul mendakwa bahawa dia bertindak atas arahan dan dijadikan kambing hitam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan Sirul itu dan menganggapnya sebagai "mengarut".

Najib dikaitkan apabila rakan karibnya, seorang strategi politik Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sirul Azhar Muncul Kembali

Razak terbabit dengan pembelian dua kapal selam Scorpene yang bernilai berbilion ringgit ketika Najib adalah menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.

Pihak polis telah membersihkan Najib daripada sebarang penglibatan dan perdana menteri juga bersumpah dengan al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan bahawa dirinya juga tidak terbabit dengan pembunuhan Altantuya.

Baru-baru ini, beberapa video Sirul didedahkan dengan dirinya menafikan penglibatan Najib dalam kes itu dan bahawa Altantuya mengandung pada masa kematiannya.

Sumber mendakwa akan ada video lain yang memaparkan Sirul mendedahkan nama-nama individu yang meminta beliau untuk mengaitkan Najib, tetapi video berkenaan tidak pernah dikeluarkan.






3 comments:

  1. Ding Dang datang lagi dengan permainan yang baru.

    ReplyDelete
  2. mcm2 la skrg ni.. mohon Tuan KPN siasat perkara ini

    ReplyDelete
  3. tuan kpn banyak kerja la.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...