Friday, 11 March 2016

Rupanya Parti Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga?

Rupanya Parti Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga? Pas mungkin bekerjasama dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan blok politik ketiga pembangkang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Parti Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.

Menurut Khairuddin, blok ketiga yang bakal diwujudkan membawa kelainan dari Pakatan Harapan dan Umno.

“Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres Rakyat,” katanya.

Khairuddin berkata, Pas mengubah konsep bekerjasama dengan mana-mana pihak setelah terkuburnya PR.

Rupanya Parti Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga?

“Sebenarnya perbincangan ke arah itu (bekerjasama) sudah lama dijalankan Pas iaitu sejak parti itu tidak menganggotai Pakatan Harapan.

“Mereka (pihak-pihak yang akan bekerjasama dengan Pas) menunggu masa untuk kita buat satu persefahaman dalam masa terdekat. Cuma saya tidak boleh umum kena tunggu pengumumannya," katanya.





5 comments:

  1. Elok la tu bergabung dgn parti2 yg nyawa2 ikan...

    ReplyDelete
  2. Kalau Parti Kominis Malaya masih lagi wujud, kemungkinan besar juga akan diajak bergabung dalam parti blok ketiga oleh PAS. Nak idup beb...

    ReplyDelete
  3. Ssblm ni hadi ckp bkn main sombong lg konon boleh survive sdiri tanpa ada parti lain....dlm ms sama gelabah puyuh cari kwn lain...hahahaha!!! Hadi...Hadi...hancur pas keranamu....

    ReplyDelete
  4. Sblm ni bkn main sombong....konon boleh survive sdiri....hahahaha!!!! Hadi...Hadi...hancurnya pas kerana perbuatanmu...mujurlah TGNA dah tiada, klu tak dh tentu beliau menangis kerana sedih yg teramat sgt...

    ReplyDelete
  5. Perjuangan menegakkan Islam memang sulit. Ia memerlukan keikhlasan, kebenaran, kesabaran dan kebijaksanaan; tahu dan bersandarkan Nas. Usah lari dari rel perjuangan. Jangan mudah gelabah dan bernafsu. Jemaah akan roboh jika berimamkan pemimpin yang tidak syar'i dan menolak pengorbanan. Siapa yang mengeruhkan dan siapa pula yang akan mengorek perigi lain. Jangan merugikan diri dengan menggunakan timba atau batang paip yang bocor.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...