Sunday, 20 March 2016

Rupanya Najib Pakai Pendinding.. Ini Buktinya

Ini kata-kata yang dilafazkan Najib Razak hari ini - "kalau saya nak rompak, dah lama saya rompak hutan (balak) di sini (Pahang).

Saya tak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tak ambil, saya tak ambil lombong bauksit, saya tak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi Perdana Menteri, saya tak ubah pendirian saya, saya tidak ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya Perdana Menteri untuk rakyat."

Ewah..ewah...

Ini pula ucapan Muhyiddin Yassin dua hari lalu - "saya bukan jahat. 

Saya hanya mahu menyelamatkan UMNO dan satu-satunya cara untuk berbuat demikian ialah dengan menuntut Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudian Presiden UMNO.

"Bila kita kata mahu deklarasi, mereka (pembangkang) juga nak buat, takkan itu pun salah saya?"

Haah...takkan tandatangan deklarasi boleh dicop sebagai jahat?

Antara ungkapan Najib dan Muhyiddin itu, siapa agaknya yang mahu kita percayai?

Kita mahu percaya kata-kata Najib, "jangan ingat saya penyangak" atau lafaz kata Muhyiddin, "saya bukan jahat"?

Tapi, sebelum itu jangan lupa...bab duit masuk dalam akaun peribadi yang mulanya mati-mati dinafikan, kenapa jadi betul akhirnya?

Kebal betul muka Najib.. pakai pendinding muka kot.. 





6 comments:

  1. Kalau bukan penyangak..sbb apa tukar AG ? sebab apa laporan PAC ada dokumen yg tak mahu didedah? Adakah disebabkan dokumen itu membuktikan fakta dilapor Sarawak report ? Sebab apa 1MDB tak boleh disiasat oleh badan bebas yg tidak dilantik oleh Najib? sebabnya tidak lain, kalau disiasat secara telus oleh badan bebas, semua tembelang akan pecah. itu saja. Penafian 'saya bukan penyagak' tak ada merit utk bukti kan apa apa..cuma cakap kosong saja.,sebab badan bebas yg tidak dilantik oleh kerajaan atau Najib mmg tiada..sbb perkara kebenaran dan telus digeruni oleh Najib sendiri

    ReplyDelete
  2. Mana ada perompak mengaku "Aku Perompak"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama halnya mana ada manusia yang mengaku berak tengah jalan. Cuma perundangan kita menghendaki tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di MAHKAMAH si pulan bersalah.

      Alakulihal ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI dan akan dibalas seadil-adilnya sama ada semasa hidup, semasa nak mati, semasa di alam kubur atau akhirat dan penghujungnya adalah ke surga atau ke neraka Na'nguzubillah.

      Delete
  3. Mana ada dalam dunia ni penjenayah mengaku dia penjenayah. Biasalah orang yang but salah tak akan mengaku kesalahannya. kalau yang membuat kesalahan tu mengaku kesalahannya, aman dunia ni.

    ReplyDelete
  4. Balak lambat dapat duit,panjang prosesnya...rembat duit cash lg senang, penipuan cara baru..penyamun ala korporat..

    ReplyDelete

  5. yg perancis tuduh najib terima rasuah semasa dia menteri pertahanan tu apa dia. kita tunggu perjalanan kes ni. Allah tahu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...