Wednesday, 23 March 2016

Ahli Perniagaan Kontroversi Ini Akan Dilucutkan Kerakyatan?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga kini tidak menerima sebarang aduan atau laporan mengenai pemilikan dwikerakyatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu bahawa Jho Low juga tidak membuat sebarang permohonan pelepasan kewarganegaraan Malaysia.

“Berdasarkan semakan KDN, Jho Low adalah pemegang pasport Malaysia yang masih mempunyai tempoh sah laku,” menurut KDN.

KDN menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu kementerian itu menyatakan sama ada Jho Low mempunyai sekurang-kurangnya satu pasport Amerika Syarikat.

Jika benar, Wong meminta KDN melucutkan kewarganegaraan ahli perniagaan itu, selaras dengan Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kementerian itu, selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 24 (2) dan 24 (3A) (a) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan boleh melucutkan mana-mana warganegara yang menggunakan secara sukarela hak-hak dan keistimewaan sesuatu negara yang diperuntukkan khusus kepada warganegara negara tersebut.

“Oleh itu, mana-mana warganegara Malaysia yang memiliki dan menggunakan pasport negara asing boleh diambil tindakan pelucutan di bawah peruntukan itu", katanya. ~bernama








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...