Thursday, 31 March 2016

Rupanya Ini Kesan Bila Termakan Banyak Dedak?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang didakwa membentuk hubungan berasaskan faedah apabila bertindak bekerjasama dengan media kawalan Yahudi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman membuat dakwaan itu turut menggambarkan kedua-dua pihak itu seakan ‘berkahwin’ atas niat menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Mahathir yang pernah menentang Israel sebelum ini nampaknya bersubahat ekoran mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menyingkir Perdana Menteri.

“Agenda Mahathir adalah untuk menurunkan Najib dan pemimpin yang bersamanya. Saya diberitahu dia menggunakan media asing dan anda semua sedar bahawa, sesetengah media (asing) dikawal oleh Yahudi,” kata Tajuddin mengulas tentang serangan media asing ke atas Najib.

“Orang-orang Yahudi yang mungkin tidak berpuas hati dengan pencapaian negara ini. Ia boleh menjadi Yahudi, ia boleh menjadi sesiapa sahaja yang menentang kami (kerajaan), yang pasti, ia hanya hubungan atas dasar faedah,” katanya lagi.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industi Asas Tani bagaimanapun tidak merujuk secara khusus mana-mana media asing, tetapi berkata demikian ketika memberi komen tentang kedua-dua Wall Street Journal dan Australian Broadcasting Channel yang mendedahkan pelbagai transaksi wang yang dibuat oleh seorang putera Saudi kepada Najib.

Tajuddin mengakui taktik’ pembangkang yang berulang kali membangkitkan isu derma politik RM2.6 bilion sebagai ‘politik kotor’ memandangkan ia telah dijawab oleh Najib sendiri.

“Mereka terlalu bersikap sempit dalam objektif dan fokus. Fokusnya hanya pada jawatan. Siapa yang mereka mahu selaku Perdana Menteri?

“Apakah mereka boleh memberi jaminan bahawa orang lain yang menggantikan tempat Najib mampu menjadikan negara ini lebih baik? Apa jaminan yang mereka ada? Tuhan sahaja yang tahu.

Agensi berita ABC dari Australia pada Isnin menerbitkan satu laporan bertajuk, “Skandal 1MDB Najib Razak: Akaun Perdana Menteri Malaysia cetus pengubahan wang haram dalaman.”

Ia mendakwa Najib menerima beratus-ratus juta dolar Amerika sebagai hadiah daripada keluarga diRaja Saudi.

Dakwaan ini dikaitkan dengan skandal sumbangan politik RM2.6 bilion yang diterima Najib yang selepas disahkan tidak berlaku sebarang salah laku oleh Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali.






5 comments:

  1. Amanah, PAS, PKR dan DAP tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap pendudukan tentera dan maritim Republik Rakyat China di lokasi-lokasi milik Malaysia di Laut China Selatan. Tiada nota bantahan dan demonstrasi yang dilakukan berkenaan isu tersebut. Apakah Amanah, PAS, PKR dan DAP sebenarnya proksi Republik Rakyat China di negara ini yang mana perairan Malaysia akan bertukar milik kepada Republik Rakyat China sebaik sahaja mereka menjadi kerajaan? Sama-samalah kita fikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen bodoh

      Delete
    2. dah tu apa dasar kerajaan malaysia skarang labu??

      Delete
    3. yang aku tau yg jual stesen janakuasa, jual tanah kat china ni malaysia je, jgn buat tak tahu sudah ye labuu

      Delete


  2. Apa pencapaian jibby ?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...