Tuesday, 29 March 2016

Rupanya Ini Dalang Tukar Status Taman Manggis

Rupanya Ini Dalang Tukar Status Taman Manggis. Ketua Menteri Lim Guan Eng mencabar kerajaan Persekutuan menafikan telah memberi kelulusan pertukaran status bagi projek di Taman Manggis pada tahun 2005.

"Barisan Nasional (BN) yang telah mengubah syarat tanah daripada pelan asal untuk membangunkannya bagi tujuan komersial.

"Ia adalah kesilapan yang dibuat kerajaan BN sebelumnya pada tahun 2005 tetapi kerajaan Pakatan yang dipersalahkan," katanya ketika membahaskan rang undang-undang Akta Perbekalan Tambahan (2015) 2016, pada Isnin.

Pada Rabu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata di Parlimen bahawa beliau mempunyai dokumen melibatkan sebuah syarikat yang telah membeli sebidang tanah untuk tujuan perumahan mampu milik tetapi kemudiannya ditukar menjadi projek hospital dan hotel.

Menurut Abdul Rahman, dokumen-dokumen itu mendedahkan bahawa syarikat itu tidak berhasrat untuk membangunkan tanah tersebut tetapi sebaliknya mahu melupuskan kepada pihak ketiga.

Rupanya Ini Dalang Tukar Status Taman Manggis

Lim Guan Eng berkata satu laporan polis telah dibuat untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau telah menjual sebidang tanah yang diwartakan untuk pembinaan rumah mampu milik bagi golongan miskin tetapi kemudiannya dijual kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial.

"Saya harap Ketua Polis Negara boleh meneliti kes ini dan mengambil tindakan," katanya.

Beliau mengulangi bahawa beliau tidak mempunyai maklumat bahawa tanah di Taman Manggis itu telah diwartakan untuk rumah mampu milik.

"Saya telah menyemaknya, tetapi ia tidak menyebut mengenai rumah mampu milik. Mungkin menteri itu mempunyai beberapa maklumat yang saya tidak ada," katanya.





3 comments:

  1. Mampuslah BN, apek ni jenis pandai baca minit mesyuarat dulu2 la. Kalau tulis jawi pun apek ni ada pakar yang boleh baca.

    ReplyDelete
  2. ya..ya mari kita lihat siapa yang kena....

    ReplyDelete
  3. dpt duit lgi laa apek ni klu dia teruskan dgn saman pitnah..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...