Thursday, 3 March 2016

Punca Muhyiddin Tidak Keluar Umno Terbongkar

Punca Muhyiddin Tidak Keluar Umno Terbongkar.   Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan hadir dalam himpunan protes terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada hujung bulan ini.

“Adakah saya akan sertai 327 untuk menyertai bantahan?

“Kita sehaluan, saya akan hadir (himpunan) 27 Mac,” katanya. Beliau berkata akan bekerjasama dengan pihak yang mempunyai tujuan sama tidak kira siapa.

Himpunan tertutup itu dianjurkan oleh bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim. Beliau bagaimanapun belum mendedahkan butiran lanjutnya setakat ini.


Muhyiddin: Saya kekal Umno, Umno tak salah 
Timbalan presiden Umno yang digantung tugas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu.

Berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad yang keluar parti, Muhyiddin masih berpendapat “parti ini baik dan boleh terus perjuangan”.
Punca Muhyiddin Tidak Keluar Umno Terbongkar 
Umno tidak bersalah dalam soal ini. Saya minta pandangan ramai pimpinan dan rakyat biasa, keluarga, isteri saya, mereka berpendapat sewajar saya kekal dalam Umno.
“Dan (parti) ini jadi sebahagian dariapda darah daging saya.
“Atas dasar prinsip nak bela rakyat dan tegak kebenaran maka ramai sokong saya,” katanya.


 Sumber


Addin:

Umno dah rosak dari kepala sampai ke ekor..




1 comment:

  1. Aku ahli UMNO. Aku sokong Muhyiddin. UMNO tu baik tak bersalah, yang salahnya Najib sebab guna UMNO untuk kepentingan peribadi. Ini yang ramai orang tidak faham bila Najib dan orang2nya salahguna nama UMNO itu untuk menyelmatkan Najib dengan mendakwa kononnya jatuhkan Najib seolah2 jtuhkan UMNO.....piiiiiiirrraaaaaahh!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...