Wednesday, 9 March 2016

Tanpa Disangka.. Ada Yang Serius Nak Belasah Mahathir

Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mengugut menumbuk Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga hilang gigi.

Khairuddin membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin Malaysia (PMSP) Ramesh Rao di Balai Polis Sri Hartamas berhubung dakwaannya itu, petang ini.

"Ramesh mengugut dengan niat mencederakan Dr Mahathir dengan beliau mengatakan 'tangkap Dr Mahathir, tumbuk dia biar hilang gigi'.

"Ini merupakan satu ugutan dengan niat secara sengaja untuk mencederakan bekas perdana menteri Malaysia yang bercanggah dengan undang-undang negara ini," kata Khairuddin dalam laporannya.

Beliau merujuk satu berita di laman Malaysian Review yang memetik rakaman video laporan polis Ramesh.

Dalam video tersebut, Ramesh pada satu peringkat merujuk Dr Mahathir sebagai "anjing" dan katanya, laporan polis itu dibuat agar Dr Mahathir merasa pengalaman diseksa dalam lokap kerana cuba menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...