Wednesday, 16 March 2016

Petanda PAS Dan IKATAN Tak Kekal Lama Tersebar?

Petanda PAS Dan IKATAN Tak Kekal Lama Tersebar? Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hanya akan memberi beban kepada PAS kerana ia merupakan sebuah parti baharu dengan jumlah keahlian yang sedikit.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berasa hairan dengan tindakan PAS kerana IKATAN bukanlah sebuah parti yang mampu memberi impak kepada politik negara.

IKATAN juga baru hendak bermula, jadi mungkin satu bebanan kepada PAS, kerana tidak ramai yang sertai parti baru itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MUBARAK, hari ini.

Jelasnya, tindakan PAS bekerjasama dengan parti yang diasaskan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Kadir Fadzir hanya akan menipiskan peluang parti Islam itu untuk bekerjasama dengan parti atau badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Petanda PAS Dan IKATAN Tak Kekal Lama Tersebar?

Mengulas lanjut, orang lama UMNO itu juga menekankan bahawa kekuatan dan kemampuan IKATAN masih belum teruji memandangkan belum pernah bertanding dalam sebarang pilihan raya umum.

“Untuk kerjasama sosial itu okay, tetapi sebagai satu kerjasama politik, saya tidak nampak impak dia,” kata beliau.


IKATAN, PAS bersekutu bentuk blok baru pembangkang
PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).  
Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.  
Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.  
Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan. 
"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.  
Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.  
IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.  
Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.  
Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.  
Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.  
Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 
Sebelum ini Takiyuddin mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.  
PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.  
Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.  
Bekas pemimpin PAS yang tersingkir kemudian membentuk Parti Amanah Negara dan mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP bagi menghasilkan Pakatan Harapan. ~mk



3 comments:

  1. aaa.tak pe..bg la pas jadi peneraju politik blok ke 3.
    dia berasa dah cukup kuat..bergabung pula dengan ikatan...yg bakal menggugat pakatan harapan...tingginya angan angan...
    yg di kejar tak dapat.yg di kendong berciciran

    macam berniaga buluh kasap..pangkal tak ada..hujung lesap..

    menyesal tak sudah..

    ReplyDelete
  2. rasa macam kena tipu je selama ini...
    yg nampaknya..ramai uztas dah jd mp.jd adun...hidupan harian mereka dah berubah..ahli bawahan ni..tetap mcm tu juga..pas nk prjuangkan ape lg ye?
    hudud untuk umat islam..kestabilan ekonomi untuk rakyat bawahan

    ReplyDelete
  3. Cac merba dh...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...