Saturday, 5 March 2016

Petanda Deklarasi Anti Najib Gagal Singkirkan Najib Tersebar?

Petanda Deklarasi Anti Najib Bakal Berjaya Singkirkan Najib Tersebar. Sesuatu yang jelas, musuh politik utama Malaysia terpaksa mengelak banyak soalan sukar diajukan kepada mereka ketika cuba meyakinkan orang ramai yang ragu-ragu pakatan mereka untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak adalah benar.

Namun, jawapan kepada soalan sukar ini akan menentukan sama ada pakatan itu akan berjaya dan sama ada pada akhirnya, Najib disingkirkan hanya untuk memberi laluan kepada seorang lagi diktator, tetapi yang boleh diterima Tun Dr Mahathir Mohamad, penggerak utama pakatan ini.

Bolehkah mereka mempercayai antara satu sama lain? Bolehkah kesilapan masa lalu, yang melahirkan kemunculan seorang diktator, diakui dan dimaafkan?

Bolehkah orang yang menghancurkan institusi Malaysia memberi jaminan beliau akan memperbaikinya jika dan apabila Najib dijatuhkan?

Adakah orang yang sama itu akan melepaskan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim –permintaan utama sekutu Dr Mahathir dalam Deklarasi Rakyat yang ditandatangani baru-baru ini?

Soalan ini, yang dilemparkan kepada Dr Mahathir dan sekumpulan tokoh daripada Umno, PAS, PKR, DAP dan masyarakat sivil lain pada sidang akhbar pertama pergerakan itu semalam kelihatan dipesongkan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang dipenjarakan di bawah pemerintahan Dr Mahathir pada 1980-an dalam satu operasi terhadap ahli politik pembangkang dan aktivis, tidak menjawab secara langsung kepada pertanyaan sama ada beliau mempercayai bekas perdana menteri itu berhubung janjinya akan membaiki kerosakan institusi yang berlaku pada zamannya.

Penggerak pembaharuan pilihan raya Maria Chin Abdullah enggan menyatakan dengan jelas sama ada dia dapat memaafkan Dr Mahathir kerana kesilapan lampaunya.

Petanda Deklarasi Anti Najib Gagal Singkirkan Najib Tersebar.

"Terdapat beberapa kesilapan pada masa lalu dan kita perlu membetulkan kesilapan ini. Kita perlu mengetepikan perbezaan kita untuk tujuan yang lebih besar," itu jawapan yang diberinya.

Begitu juga, Dr Mahathir tidak komited mengatakan akan membebaskan bekas timbalan perdana menteri, Anwar yang dipecat dan dipenjarakannya pada 1998.

Sehingga hari ini, Dr Mahathir enggan mengakui dasar pentadbiran beliau yang melahirkan autoritarian.

Tetapi, memastikan Dr Mahathir tidak mengingkari janjinya melakukan perubahan institusi adalah sangat penting bagi mereka yang sedia bekerjasama dengannya, kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute.

Jika tidak, Najib hanya akan diturunkan semata-semata untuk memecatnya, kata Wong, tetapi tidak akan ada jaminan penggantinya akan lebih baik.

Salah seorang yang menandatangani deklarasi itu, yang tidak mahu dinamakan, mengakui, tidak ada jaminan itu akan berlaku.

Mungkin atas dasar ini, Pakatan Harapan mengadakan satu "mekanisme keselamatan" bagi memastikan pembangkang tidak merana jika dan apabila Najib digugurkan.

"Semua pemimpin Pakatan komited kepada Majlis Presiden dan jika ia mendapati perjanjian itu tersasar daripada ikrarnya melakukan pembaharuan, majlis itu akan menarik semua orang keluar," kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Petanda Deklarasi Anti Najib Gagal Singkirkan Najib Tersebar.

Ahli politik Pakatan yang menandatangani deklarasi itu berbuat demikian atas kapasiti peribadi mereka, kata Rafizi, tetapi mereka masih perlu mematuhi keputusan majlis.

"Injap keselamatan ini akan memastikan kita tidak ditipu," kata Rafizi yang turut menurunkan tandatangannya.

Tetapi penganalisis dan pemerhati tidak pasti jika pergerakan Dr Mahathir itu mempunyai peluang terbaik untuk berjaya memandangkan usaha serupa sebelum ini berakhir kecundang.

"Perkembangan ini menandakan perubahan besar dalam politik Malaysia," kata Wan Saiful Wan Jan dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

"Mereka yang berkuasa harus mempertimbangkan permintaan itu secara serius dan perdana menteri Najib khususnya, tidak boleh mengabaikan deklarasi itu," kata Wan Saiful.

Ini kerana, walaupun majoriti mereka yang memeterai deklarasi itu ialah tokoh pembangkang, nama besar dalam Umno juga turut menandatanganinya.

Mereka termasuk timbalan presiden yang digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang masih ketua Umno bahagian Pagoh, naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman.

Rafizi berkata, pergerakan yang pernah wujud di Indonesia dan Filipina berjaya menggulingkan rejim mereka kerana bekerjasama dengan pemberontak dalam rejim itu sendiri dan ahli politik pembangkang.

Namun begitu, pemerhati lain juga menyatakan, jika sejak awal tidak ada kepercayaan di antara mereka yang terlibat, bagaimana kerjasama ini akhirnya boleh berjaya?

"Secara peribadi, saya tidak akan bekerjasama dengan Dr Mahathir," kata ahli sains politik Dr James Chin.

"Sebabnya mudah, keadaan huru-hara Malaysia ketika ini disebabkan olehnya. Jika kita tidak mengakui masa lalu, kita akan membuat kesilapan yang sama."





3 comments:

  1. Artikel yg menarik, bernas dan benar.

    ReplyDelete
  2. kalau saya pun sependapat seperti kata "Secara peribadi, saya tidak akan bekerjasama dengan Dr Mahathir," kata ahli sains politik Dr James Chin. "Sebabnya mudah, keadaan huru-hara Malaysia ketika ini disebabkan olehnya. Jika kita tidak mengakui masa lalu, kita akan membuat kesilapan yang sama."

    ReplyDelete
  3. DEKLARASI ATAU APA JUA AGENDANYE PUN SEPATUTNYE RAKYAT HARUS BANGUN BERAMAI RAMAI MENANGKAP NAJIB /ROSMAH,ZAID,KPN DAN FANDI UNTUK DIHDAPAKAN MUKA PENGADILAN.KALAU RRAKYAT BANGUN NESCAYA KERAJAN AKAN KALAH.TAPI RAKYAT MALAYSIA TAK MAMPU BERBUAT DEMIKIAN.PEMINPIN PEJUANG PEMBANGKANG HANYA BOLEH MEMBESARKAN PERUT DAN KRETA TAK UBAH SAPERTI PEMINPIN PENGKHINAT PEMERINTAH SAHAJA.DALAM SEJARAH DUNIA PEJUANG RAKYAT RAMAI YANG TERKORBAN ATAUPUN TERBUNUH TETAPI DIMALAYSIA TIDAK ADA YANG TERBUNUH CUMA ADA YANG BELASAH OLEH RAHIM NOOR SAJA.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...