Monday, 7 March 2016

Pemimpin Umno Makin Pening Dengan Mahathir

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor keliru dengan tindakan Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang terutamanya DAP untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.

Setiausaha Agung UMNO itu melahirkan rasa tersebut selepas mengimbau kata-kata bekas perdana menteri berkenaan yang sebelum ini pernah menggelar pemimpin DAP, Lim Kit Siang sebagai `tidak boleh pakai’.

“Saya tidak faham yang beliau duduk dan bersekongkol dengan pembangkang seperti Lim Kit Siang yang dulu pernah digelarnya tidak boleh pakai, DAP tidak pakai, Anwar (Ibrahim) tidak boleh pakai.

“Semuanya tidak boleh pakai tetapi sekarang duduk bersama. Saya pun naik pening. Apa yang beliau hendak lakukan pun saya tidak tahu. Tetapi tindakan Dr. Mahathir langsung tidak akan menjejaskan undian rakyat kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

Tengku Adnan mengulas tindakan Dr. Mahathir yang bekerjasama dengan parti pembangkang dengan menandatangani Deklarasi Rakyat akan menjejaskan undian terhadap BN menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...