Wednesday, 16 March 2016

Pecah Tembelang Najib Bila Tengok Video Ini

Pecah Tembelang Najib Bila Tengok Video Ini. Sebuah video yang memaparkan wartawan Australia Linton Bresser mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa wartawan itu tidak merempuh kawalan keselamatan seperti yang didakwa oleh pihak polis.

Bresser, yang ditugaskan menyiapkan program Four Corners terbitan Badan Penyiaran Australia (ABC) menyertai sekumpulan jurugambar dan wartawan akhbar lain mengikut Najib sebaik beliau keluar dari kereta dan menuju ke sebuah masjid di Kota Sentosa.

Najib yang pada mulanya tersenyum juga dikelilingi oleh pengiringnya, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan pihak polis.

"Hello Tuan Perdana Menteri, saya dari ABC Australia. Saya tertanya-tanya jika anda boleh jelaskan wang beratus juta di akaun anda?" soal Bresser yang tidak dihiraukan oleh Najib dengan muka selamba dan terus berjalan.

"Hello, Tuan Perdana Menteri, boleh anda menjelaskan wang beratus-ratus juta dolar dalam akaun anda? Tuan Perdana Menteri?" soal wartawan itu lagi.

Pada ketika ini, kedengaran pihak polis merungut “Apa ni? " dan dalam nada yang jengkel, melangkah untuk menyoal Bresser siapa dirinya.

Pecah Tembelang Najib Bila Tengok Video Ini

Wartawan itu kemudian menjelaskan bahawa beliau adalah "hanya seorang wartawan yang hadir untuk sidang akhbar".

Rakaman selama 58 ssat itu dikeluarkan oleh Four Corners melalui akaun Vimeo bagi membuktikan bahawa wartawannya tidak bertindakl secara "agresif" seperti yang didakwa oleh pihak polis.

"Siapa engkau, apa engkau cuba lakukan? Tidak, tidak, tidak. Bawa dia pergi. Mana Jabatan Siasatan Jenayah?” kedengan suara seorang anggota polis.

Apabila Bresser menjelaskan bahawa dirinya adalah seorang wartawan, kedengaran anggota polis itu berkata: "Apa identiti kamu? Kami tidak tahu tentang kamu? Keluar."

Bresser dan pengendali kamera ABC, Louie Eroglu ditahan pada malam itu

Lihat video di SINI.




3 comments:

  1. Dengan pm, dengan reporter malaysia, dengan polis, boleh katakan hampir keseluruhan institusi dimalaysia ni tak betul dalam mengeluarkan kenyataan
    Hingga institusi islam pun bohong sama, biasa daaaaaaah perangai orang kat atas tu

    ReplyDelete
  2. hal dalaman negara biar je la dalam negara ni sampai org luar pon dok tnya dah kenapa dok sibuk nak tau hal malaysia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...