Thursday, 31 March 2016

Patutlah BN Beria Benar Gembar Gemburkan Isu Banglo Lim Guan Eng

Patutlah BN Beria Benar Gembar Gemburkan Isu Banglo Lim Guan Eng. Isu pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan mainan politik Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Dr Abdul Aziz Bari, berkata polemik banglo itu sengaja ditimbulkan kerana UMNO dan BN ketandusan idea menyerang pembangkang.

Katanya, isu berkenaan juga ditimbulkan bagi mengaburi mata rakyat kononnya pimpinan DAP sama seperti BN yang terpalit dengan skandal rasuah, sekaligus menutup isu yang berlaku terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“(Guan Eng) tidak perlu berehat, saya rasa isu (banglo) itu sudah dipolitikkan, jadi takkan kita buat tindakan untuk masuk perangkap BN.

“Ini hanya agenda dan sandiwara BN, kita tahu baik mahkamah, pihak polis, baik Peguam Negara, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) susah nak lari daripada pengaruh UMNO, begitu juga Bank Negara, kalau kita terpengaruh dengan desakan mereka tak cerdik la kita.

Patutlah BN Beria Benar Gembar Gemburkan Isu Banglo Lim Guan En

“Mereka cari peluang dan hendak kata pemimpin politik ini sama, termasuk DAP, mereka hendak kata DAP ini sama dengan UMNO (ada skandal rasuah), jadi orang akan kata Guan Eng juga macam Najib (terlibat rasuah) jadi apa yang hendak bising. 

Saya kata begitu tidak bermakna saya kata Guan Eng itu malaikat, kita pun cerdik juga,” katanya sewaktu dihubungi FMT, di sini, hari ini.

Bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu turut membidas Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya yang didakwa takut untuk membuat pendedahan isu pembelian banglo Guan Eng di khalayak umum, sebaliknya hanya berani berbuat demikian menerusi imuniti Dewan Rakyat.





Jom turun ramai-ramai!!





1 comment:

  1. INI LAH WAYANG LAPUK TV 1,2,3 DAN 9.NAK ALIH ISU NAJIB SAPU DANA NEGARA UNTUK KEPENTINGAN PRIBADI DAN KRONI ISU GUAN ENG,ISU KBS KAMBING HITAM KONONUE KERAJAAN BERTINDAK TEGAS.,WAYANG HALAU WARTAWAN AUSTRALIA KEMUDIAN PERGI HAJI ,UMRAH DUDUK BERTAMIT DAN JADI SETAN BALIK .KEMUDIAN BERSAMA DGN BUDAK BUDAK TAHFIZ.SUDAH LE DAH LAPUK

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...