Monday, 28 March 2016

Patutlah Banglo Lim Guan Eng Dijual Rendah.. Ini Sebabnya

Patutlah Banglo Lim Guan Eng Dijual Rendah.. Ini Sebabnya. Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok berkata dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.

Dalam ucapannya pada kongres tersebut di sini Ahad, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata Lim memperoleh hartanah di Jalan Pinhorn pada harga lebih rendah daripada harga pasaran kerana ‘feng shui tidak baik'.

Beliau berkata ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon menjual tanah dan banglo tersebut kepada Lim pada harga RM2.8 juta berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kerana mereka adalah rakan.

“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.

“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah,” katanya.

Patutlah Banglo Lim Guan Eng Dijual Rendah.. Ini Sebabnya

Kok berkata beliau juga akan melakukan perkara yang sama untuk seseorang yang dianggap sebagai rakan.

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya.

Penjualan hartanah itu mencetuskan kontroversi selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya memberitahu Parlimen pada minggu lalu bahawa harga tersebut dijual lebih rendah.

Lim menafikan beliau melakukan salah laku dalam urusan jual beli hartanah itu.





5 comments:

  1. Joseph Lim seorang kristian, bgmn agamanya benarkan percaya feng shui? Khir toyol seharusnya guna alasan sama..feng shui tiada dlm perundangan, hanya rekaan alasan sama spt umno cover org depa..citt poodahhh..kami ingin tau phang, westbond dan taman manggis..20% share itu adakah benar?cat..meowww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut Tuang Presideng perlu ada saksi

      Delete
  2. Klu umno ada azalina...dap ada teresa
    Klu umno ada ahmad maslan...dap ada tony pua
    Klu umno ada muyiddin...dap dah gantung keahlian

    ReplyDelete
  3. Penjual jual murah, pembeli dapat untung, kami rakyat biasa ini apa peduli.Urusan jual beli itu tidak ada kesan kepada rakyat, mengapa ini yang disibukkan oleh pemimpin hipokrit BN. Saya ahli UMNO juga tetapi sudah muak dengan sikap pemimpin BN yang hipokrit, pak turut, dan tutup mata dengan penyelewengan PM dalam kes 1MDB. GST diperkenalkan untuk membayar hutang 1MDB.

    ReplyDelete
  4. yesssssss... setuju sangat

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...