Monday, 7 March 2016

PAS Makin Kelam Kabut.. Ini Buktinya

PAS Makin Kelam Kabut.. Ini Buktinya. Pemimpin PAS yang hadir ke majlis tandatangan Deklarasi Rakyat adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat, kata ketua penerangannya Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, beberapa pemimpin dibenarkan hadir ke majlis tersebut supaya mereka boleh mengemukakan laporan kepada parti.

"(Kita) telah dimaklumkan sebahagian adalah kehadiran yang diizinkan untuk mengambil maklumat apa sebenarnya pertemuan itu, untuk apa. Jadi kita kena tahu juga.

“Jadi kita hantar wakil sebagai untuk mendapat maklumat. Dia balik, boleh beri laporan kepada kami apa benda, tindakan apa dibuat, perbincangan dilakukan, apa beza gerakan yang mahu dilaksanakan.

"Jadi kita dapat maklumat yang jelas dan tepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di parlimen.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Datuk Khairuddin Aman Razali, anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Setiausaha: Tak wakili parti

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, kesemua ahli parti itu yang hadir tidak mewakili parti Islam berkenaan.

PAS Makin Kelam Kabut.. Ini Buktinya

"Pendirian kami adalah sangat jelas, kita bukan sebahagian daripada perjanjian itu dan kami mempunyai pandangan kita sendiri bahawa kita akan mengemukakan kepada pihak-pihak berkaitan," katanya.

PAS pada 3 Mac lalu mengumumkan tidak akan bersama dalam majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Najib.

Takiyuddin berkata PAS mempunyai pendekatan tersendiri khususnya melalui “Blok Politik Ketiga” ke arah mengubah kepimpinan negara melalui “saluran yang demokrasi dan berperlembagaan”.




Addin;

PAS makin kelam kabut.. pada mulanya TGHH cakap tidak akan sertai Deklarasi Anti Najib tetapi pada 4 Mac yang lalu tercokoh Dato Pa dan Khairuddin. Namun mereka menyatakan kedatangan atas kapasiti peribadi.

Hari ini Nasruddin Tantawi menyatakan hanya untuk meninjau apa yang berlaku pada Deklarasi Anti Najib. Sementara Dato Takiyuddin pula, menyatakan mereka hadir tidak mewakili parti. jadi.. mana satu yang betul ni..

Satu peristiwa, pelbagai tafsiran daripada pelbagai pemimpin. Cuma hanya satu Addin nak tanya.. penyokong PAS ni faham ke apa yang berlaku? Tak pening ke pemimpin keluar kenyataan yang berbelit-belit?




4 comments:

  1. aku paham pas nak tukar umno, bukan najib. tukar umno, automatik najib tukar and seangkatan dengannye..... tukar najib saje macam tukar dolah ke najib je la....pas lesson learnt..

    ReplyDelete
  2. tumpang sekaki--tapi masih tak jelas--gergaji 2 mata--makan 2 belah

    ReplyDelete
  3. ko nak suruh najib turun, tapi yang tukar najib nanti ialah zahid hamidi. sampai kiamat takkan selesai masalah

    ReplyDelete
  4. Ini lah PAS ,.banyak ketua yg rajin mengeluarkan kenyataan tetapi,. Tiada penyatuan membuat kan semua ahli2 terasa dipermain dan dibodohkan,..kenapa semuanya ini,.??????

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...