Thursday, 10 March 2016

PAS Tinggalkan Kerajaan Selangor?

PAS akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baru yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.

Setiausaha agungnya berkata Datuk Takiyuddin Hassan berkata “Blok Politik Ketiga” diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah gabungan pembangkang. Kami adalah kuasa ketiga.

"Tunggu sehingga 16 Mac, kami akan jemput nanti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau enggan mendedahkan parti sekutu yang akan menandatangani memorandum persefahaman dengan PAS buat masa ini.

Takiyuddin, anggota parlimen Kota Bharu, juga menegaskan Umno atau parti disokong Umno tidak akan dilibatkan dalam blok baru itu.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pendirian PAS dalam Deklarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, antara Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.

PAS tidak menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Pakatan Rakyat berkubur.

PAS bagaimanapun menegaskan masih meneruskan kerjasama politik dengan PKR.




Addin:

Sepatutnya PAS melihat apa untungnya tubuh Blok Politik Ketiga kepada semua pembangkang. Apa tujuannya?

Adakah ini memberi alternatif kepada penyokong pembangkang ataupun akan mengurangkan lagi peluang Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya.

Jadi saya lihat tiada relevannya penubuhan Blok Politik Ketiga. Tindakan tersebut telah mengundurkan PAS ke belakang.

Satu persoalan timbul.. jika tertubuhnya Blok Politik Ketiga, adakah PAS akan meninggalkan kerajaan Selangor?




4 comments:

  1. di negeri Selangor , penang , kelantan pihak mana bergabung jadi pembangkang ...

    ReplyDelete
  2. Buang masa saja layan parti yg tak dak pendirian.
    Guna lah slogan apa pun...bg kami pas takda matlamat dlm politik.
    TAKDA PENDIRIAN.

    ReplyDelete
  3. Kelihatannya PAS ingin menguji serta menambah sokongan rakyat yg benci pd BN tapi dlm masa yg sama x yakin pd PH.. simple..

    ReplyDelete
  4. Kenapa pas perlu mengambil kira kepentingan ph sedangkan ph sendiri mnyerang pas. Pas tetap parti pembangkang sama seperti pkr,dap dan amanah cuma jalan yg diambl berbeza adapun goal tetap sama iaitu mengambil alih putrajaya.jika dilihat ph lebih extreme dalam membangkang tetapi pas lebih kepada moderate.apa yang salah patut dikritik dan cari jalan penyelesaian manakala apa yang betul patut disokong. Bukan menentang secara membabi buta,dengan menuduh semua yang dibuat oleh adalah salah walaupun perkara tersebut adalah betul. Sebagai manusia yang dikurniakan akal kita patut membuat analisa yang terperinci dan lihat dari sudut pros dan cons sesuatu perkara. Nasihat saya banyak lagi yang perlu kita pelajari adapun sesuatu perkara orang ramai lihat sebagai bad tetapi pada hakikatnya jika dikaji ia adalah good.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...