Monday, 14 March 2016

Adegan Memalukan Dari Sarawak.. Saksikanlah

Dua warga Australia ditahan malam tadi selepas didakwa melanggar kawalan keselamatan polis dan secara agresif cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Juman M M Sree Shunmugan dalam kenyataan mengesahkan kejadian tersebut. Katanya seorang pegawai polis tempatan membuat laporan terhadap pasangan itu. Dev juga memaklumkan kedua-dua mereka adalah wartawan penyiaran media Australia.

"Kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.35 malam. Kedua-dua mereka berumur 51 dan 39 tahun dibawa ke Balai Polis Padawan untuk disoal siasat.

"Pemeriksaan menunjukkan kedua-dua mereka tiba di Malaysia melalui KLIA pada 5 Mac. Mereka tiba di Kuching pada 12 Mac dan mendakwa mereka hadir untuk membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak," katanya.

Bagaimanapun, Dev berkata kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi selepas diambil keterangan.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam.

Wartawan tersebut berlepas ke Kuching pada hari sebelumnya dan mahu bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Ketika itu Najib dalam rangka lawatan ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa.

Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudian meminta mereka beredar.

Wartawan terbabit kembali ke hotel penginapan mereka tetapi sepasukan polis dari Kota Sentosa menahan mereka tidak lama kemudian. 

Kakitangan kedutaan Australia di Kuching melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes penahanan itu.

Mereka di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.

Hukuman sekiranya didapati bersalah ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...