Sunday, 13 March 2016

Najib Dan Rosmah Pasti Gelabah Baca Berita Ni..

Najib Dan Rosmah Pasti Gelabah Baca Berita Ni. Satu kaji selidik menunjukkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat sokongan rakyat - untuk kali pertama berlaku - lapor akhbarStraits Times (ST) Singapura.

Memetik keputusan kaji selidik Merdeka Center, akhbar itu melaporkan hanya 31 peratus pengundi Melayu berpuas hati terhadap kerajaan semasa.

Keputusan itu menunjukkan sokongan pengundi Melayu berkurangan di bawah 50 peratus untuk kali pertama sejak agensi berkenaan merekodkan data mengenainya pada Februari 2012.

Kemerosotan sokongan itu dilihat begitu drastik kerana pada Januari lalu tahap keyakinan di kalangan pengundi Melayu berada di paras 52 peratus.

Faktor demografi pula memainkan peranan penting kerana ia membentuk sokongan padu penyokong Umno yang membantu gabungan pemerintah terus berkuasa ketika parti lain dalam BN menunjukkan kelemahan.

Lapor ST, keputusan kajian itu dibentangkan kepada penganalisis sektor kewangan pada minggu lalu.

Sokongan keseluruhan terhadap kerajaan juga menurun kepada 23 peratus - tahap terburuk pernah dicatatkan sejak kaji selidik mengenainya mula dibuat Merdeka Center pada 2012.

Mengenai pengundi Cina pula, hanya lima peratus responden menyokong kerajaan berbanding 11 peratus pada Januari lalu.

Najib Dan Rosmah Pasti Gelabah Baca Berita Ni

Kaji selidik sama juga mendapati kemerosotan sokongan terhadap kerajaan kebanyakannya disebabkan oleh cara isu ekonomi ditangani.

Data dikumpul Merdeka Center menunjukkan hanya 17 peratus responden berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi berbanding 78 peratus yang tidak berpuas hati.

Kaji selidik itu dijalankan di kalangan responden di Semenanjung Malaysia pada Ogos, sejurus selepas Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri.




Addin:

Najib dan Rosmah pasti gelabah baca berita ni.. apa agenda mereka lagi untuk kekal berkuasa.




3 comments:

  1. SOLIDARITI BERSAMA DEKLARASI RAKYAT !!!!
    SELAMATKAN MALAYSIA !!!
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  2. Walaupun Merdeka Center melaporkan sokongan Melayu dah merosot kepada 31%, sokongan keselurohan menurun kepada 23%....jangan risau.....
    BN PASTI MENANG PRU14 NANTI.


    Sekiranya saya berada dikedudukan mereka,
    Demi untuk terus berkuasa...saya akan sedia kan kertas undi yg dah siap berpangkah untuk kemenangan BN dan nak bagi lojik...menang sikit sikit jer.

    Peti 2 undi ni tumpang simpan kat mana 2 Istana yg boleh bekerjasama....Istana tak akan digeledah.
    Masa PRU14...kita usahakan 'silapmata' menukar peti undi...
    PASTI MENANG LAGI!!!

    OK TAK CADANGAN NI?

    ReplyDelete
  3. Tidak pun dia orang gelabah...dia orang cool je...kita sebgai rakyat masih gelabah...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...