Monday, 21 March 2016

Kementerian Popular Ni Kaki Songlap Jugak Ke?

Menteri bertanggungjawab disaran tampil memberikan kenyataan bagi menjelaskan status sama ada kejadian penyelewengan berlaku secara berleluasa atau tidak di peringkat kementeriannya selepas pendedahan mengejutkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata saranan itu perlu memandangkan spekulasi kian diperkatakan kerana ia melibatkan penganjuran aktiviti dan penyelewengan lebih RM100 juta.

“Saya harap menteri yang menjaga kementerian itu boleh mengeluarkan kenyataan sama ada isu ini berleluasa dalam kementerian beliau atau insiden ‘one off’ kerana ramai yang bertanya dalam laporan media.

“Untuk menghentikan spekulasi dalam kalangan umum saya rasa eloklah menteri dalam kementerian itu mengeluarkan kenyataan untuk memberikan penjelasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan seorang setiusaha bahagian sebuah kementerian yang disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan dana Kerajaan Persekutuan lebih RM100 juta.

SPRM menerusi laporan media hari ini menjelaskan individu itu disyaki menjadi ‘master mind’ dalam memberikan arahan kepada salah sebuah agensi kementerian untuk membuat bayaran kepada 14 syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program yang tidak wujud.

Kekayaan luar biasa milik kakitangan itu mengejutkan ramai pihak dan SPRM tidak menolak kemungkinan ia sudah berlaku sejak sekian lama.

Fahmi berkata pihaknya mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap semua kementerian bagi membenteras aktiviti penyelewengan dan membawa mereka ke muka pengadilan jika terdapat unsur rasuah.

“Dialu-alukan tindakan SPRM menyiasat dan menangkap mereka yang didakwa terlibat dalam insiden rasuah seperti ini. 

Saya percaya ramai rakyat Malaysia mendambakan usaha SPRM untuk diteruskan tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak,” katanya.






5 comments:

  1. skrg rakyat M'sia mesti bertenang dan berhenti mendesak PM meletak jawatan.
    semua menteri-menteri dan ketua bahagian UMNO terlibat dengan penyelewengan, penyalah gunaan kuasa dan rasuah.
    Mereka yang mendesak PM untuk meletak jawatan juga terkenal dan terpalik dengan masalah sama.
    Sekarang marilah kita sama-sama menyokong PM dan membina negara dengan seadanya.

    ReplyDelete
  2. skrg rakyat M'sia mesti bertenang dan berhenti mendesak PM meletak jawatan.
    semua menteri-menteri dan ketua bahagian UMNO terlibat dengan penyelewengan, penyalah gunaan kuasa dan rasuah.
    Mereka yang mendesak PM untuk meletak jawatan juga terkenal dan terpalik dengan masalah sama.
    Sekarang marilah kita sama-sama menyokong PM dan membina negara dengan seadanya.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa baru pegang jawatan kata nak benteras rasuahbbola sepak. Tup2 rasuah dalam perut kementerian sendiri. Mcm mana ni?

    ReplyDelete
  4. Rasuah bg stgh org islam..bagikn myk ngn air x bcmpur. Ada pluang songlp tibai cukp cukp.dosa phla Musibh x prlu dfikrkn.

    ReplyDelete
  5. aku salahkan ulama2, mufti dan cerdik pandai ugama krn tak tegas mengecam rasuah(mungkin tak brani krn melibatkan bos politik mrk) spt mana mrk tegas dgn isu2 lain. tgk ceramah dlm tv. brp kerat ustaz yg berani bersuara dgn tegas. isu rasuah pun jarang diketengahkan. hasilnya melayu/islam pandang remeh ttg rasuah, seolah ia bukan dosa besar

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...