Thursday, 3 March 2016

Malang Bertimpa-Timpa Buat Menteri Besar Ini..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ‘diboo’ peminat-peminat bola sepak ketika perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman, malam tadi.

Rakaman video yang dimuatnaik di mukhrizmahathirfc.com menunjukkan Ahmad Bashah diboo peminat boleh sepak dipercayai penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum perlawanan bermula.

Teriakan dan jeritan ‘boo’ oleh peminat bola sepak jelas kedengaran pada minit 2.13 hingga 2.31 dalam rakaman itu.

Ini adalah kali pertama Ahmad Bashah hadir menyaksikan perlawanan bola sepak selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 4 Februari lalu.

Menerusi satu lagi rakaman video menunjukkan Ahmad Bashah diboo ketika berada dalam kereta untuk pulang selepas perlawanan selesai.

Kira-kira 17,000 peminat bola sepak kedua-dua pasukan hadir menyaksikan perlawanan itu yang berkesudahan Kedah menewaskan Kelantan 2-1.

Lihat video di SINI.








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...