Thursday, 10 March 2016

Mahfuz Sekolahkan Pemegang PhD Dari Umno

Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Dr Puad Zarkashi, anggota Majlis Tertinggi Umno yang menyatakan Tun Mahathir Mohamad mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.

Tidak sewajarnya Puad yang juga merupakan bekas timbalan menteri dan bekas anggota parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PhD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), tidak tahu syarat untuk menjadi PM.

Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri.

Ini buat kenyataan memalukan orang yang ada PhD.

Kenyataan Puad sudah macam tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara anggota Parlimen dengan anggoa Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Saya ingin memberitahu Puad bahawa Mukhriz seorang ADUN. Untuk menjadi PM seseorang itu mestilah anggota Dewan Rakyat.

Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang ADUN. 

Mukhriz atas sifat sebagai ADUN hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai anggota Dewan Negara untuk menjadi menteri atau pun timbalan menteri sahaja.

Kecualilah kalau bubar parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang.

Barulah boleh diangkat menjadi PM. Puad ini sudah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat PhD?

Kepada kawan saya Puad, kalau nak bodek dan mengampu Najib pun bagilah nampak cerdik macam betul-betul orang yang ada PhD.

Jangan sampai pegawai JASA bawahan pun gelak dan jangan sampai Aflin Shauki panggil buat uji bakat cari pelawak baru.


DATUK MAHFUZ OMAR




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...