Friday, 4 March 2016

Mahathir Wajib Baca Syarat2 Ini Sebelum Mahu Singkirkan Najib

Mahathir Wajib Baca Syarat2 Ini Sebelum Mahu Singkirkan Najib. Otai Reformis menetapkan empat syarat untuknya menyokong pendirian Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pertama, Mahathir mesti menyokong perjuangan untuk membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua, katanya, Mahathir juga perlu menyokong segala langkah untuk memulihkan sistem kehakiman.

Ketiga, Mahathir hendaklah menolak semua akta yang masih digunapakai.

Keempat, Mahathir hendaklah berusaha untuk mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan mereka, kata Saari yang juga ADUN Hulu Kelang dari Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mahathir Wajib Baca Syarat2 Ini Sebelum Mahu Singkirkan Najib

HARAPAN telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir dalam usaha untuk menyingkirkan Najib, tetapi berkata ia tidak akan membentuk satu pakatan untuk tujuan tersebut.

Mahathir, yang keluar dari Umno yang diterajuinya selama dua dekad minggu lepas, akan bersama beberapa pemimpin HARAPAN menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Najib hari ini.

Anwar juga menggesa rakyat menyokong usaha ini dan mengetepikan "dendam peribadi".





2 comments:

  1. xcrewborcostegas4 March 2016 at 18:31

    hahahaaa .... malasia penuh dengan joker poltik ... semalam bergaduh sakan ... ari ni boleh pulak bercumbuan.... semuanya tak boleh pakai... rakyat pulak yg jadi mangsa hiruk pikuk si joker yg tidak berkesudahan.. nasib lah labu...

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro,Aku harap Tun M menolak semua syarat oleh Pakatan Harapan.Kalau mereka tak nak serta biarkan.Ini bukan soal politik TETAPI soal masa depan negara.Aku sokong gerakan untuk singkirkan Najib walaupun tanpa pembangkang.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...