Sunday, 27 March 2016

Lagi Cawangan Umno Suruh Najib Berambus..

Lagi Cawangan Umno Suruh Najib Berambus.Menyedari bahawa Umno adalah parti politik terbesar orang Melayu yang telah memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan memelihara keutuhan agama Islam di negara ini. 
Bagaimanapun kini, perjuangan dan pengurusan Umno telah dicemari dan terbelenggu oleh pelbagai masalah. Keadaan ini didapati telah menghakis keyakinan dan sokongan ahli parti terhadap Umno.

Menginsafi bahawa jika amalan dan sikap buruk sesetengah pemimpin tertinggi yang mementingkan jawatan, kekayaan, kemewahan serta mengambil tindakan ke atas sesetengah pemimpin dan pegawai Kerajaan yang tidak sehaluan dengan pemimpin tertinggi tidak dikawal dan dihentikan segera, ia boleh mengurangkan lagi sokongan ahli kepada parti bahkan sokongan kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Lagi Cawangan Umno Suruh Najib Berambus

Maka, Umno Cawangan....mengusul untuk menyokong penuh pendekatan dan kepemimpinan Mantan Timbalan Presiden Umno, YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta Presiden Umno yang bertanggungjawab kepada segala permasalahan ini supaya berihat sementara daripada menerajui Umno dan Barisan Nasional dengan segera.

Ini bagi membolehkan kelemah kepemimpinan ini diselesaikan bagi memastikan Umno dapat menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dengan imej yang baik dengan sokongan penuh ahli dan pengundi.

Sekian usul yang dibawa oleh Umno Cawangan Sri Lanang 2, Tmn Desa Tebrau.


Mohd Noor Bin Jaafar
Usul Politik
Dlm mesyuarat Umno
Caw Sri Lanang 2,
Taman Desa Tebrau.
Bahagian Tebrau. 





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...