Thursday, 24 March 2016

Berita Gempar..

Ketua Penerangan Umno Didakwa Pecah Amanah. Ketua Penerangan UMNO Cheras, Zamri Redzuan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah ke atas cek berjumlah RM4,350.

Berita Harian Online melaporkan, Zamri, 50, yang melakukan perkara itu dua tahun lalu, bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan fakta pertuduhan, Zamri yang merupakan Ketua Cawangan UMNO Jalan Pasar Pudu, Cheras didakwa melakukan pecah amanah terhadap akaun semasa UMNO cawangan itu.

Dia telah memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akuannya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit.

Ketua Penerangan Umno Didakwa Pecah Amanah

Zamri dituduh melakukan kesalahan itu di Cheras, pada 27 Januari 2014 dan didakwa memgikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...