Thursday, 31 March 2016

Kerajaan Pulau Pinang Ubah Syarat Perjanjian Taman Manggis Sesuka Hati.. Dakwa Rahman Dahlan

Barisan Nasional (BN) mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang memberi layanan istimewa kepada pembeli tanah Taman Manggis, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa, kerajaan Pulau Pinang mengubah syarat perjanjian selepas tanah itu dijual kepada KLIDC iaitu pembangunan untuk hospital dan rumah pangsa.

Katanya, ketika dibuka tender untuk jualan tanah itu, syarat yang ditetapkan kerajaan negeri ialah 100 peratus untuk pembangunan hospital.

Kerana itu, katanya, tiga lagi syarikat tidak membuat tawaran tinggi untuk membeli tanah itu berbanding KLIDC.

“Saya serahkan kepada SPRM menjalankan siasatan jika berlaku unsur-unsur salah guna kuasa dalam hal ini,” katanya dalam Program Soal Jawab di TV3 , malam tadi.

Rahman juga mendakwa, kerajaan negeri juga menetapkan KLIDC perlu mendapat lesen hospital swasta dalam tempoh setahun dan pembinaan hospital perlu disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Namun, katanya, sehingga sekarang projek itu belum berjalan sekaligus menimbulkan persoalan mengapa syarikat itu mendapat layanan istimewa dari kerajaan negeri.

Mengulas dakwaan KLIDC dalam perancangan untuk menjual tanah Taman Manggis kepada pihak ketiga, Rahman berkata, penjualan itu melibatkan penjualan saham-saham syarikat kepada pemilik baharu.

“Jika saham-saham syarikat ini dijual sudah pasti pemilik baharu syarikat akan memiliki tanah ini,” katanya yang menasihatkan Lim Guan Eng supaya tidak terlalu cepat menafikan penjualan itu.

“Jangan cepat menafikan, sabar, tahan nafas kerana mungkin ada lagi dokumen awam lain,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, dakwaan Rahman tidak benar kerana kerajaan negeri tidak menerima permohonan dari KLIDC untuk menjual tanah itu kepada pihak ketiga.

Rahman juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri boleh menerima wang pendahuluan daripada BN sebanyak RM220,000 untuk membeli tanah Taman Manggis sedangkan tanah itu telah digadai oleh KLIDC kepada sebuah bank tempatan.

Katanya, proses tender penjualan tanah Taman Manggis boleh dipersoalkan kerana BN menawarkan harga lebih tinggi iaitu RM22 juta berbanding KLIDC yang membeli dengan harga RM11 juta.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri menolak permintaan BN untuk membeli tanah itu walaupun pada harga lebih tinggi dengan dikenakan pelbagai syarat.

Rahman mendakwa, sehingga kini kerajaan Pulau Pinang masih gagal memulangkan RM220,000 wang pendahuluan yang dibayar BN.

Mengenai penjualan banglo atas dasar rela hati oleh pemilik asal, Phang Li Koon kepada Guan Eng walaupun di bawah harga pasaran, Rahman berkata, perkara itu tidak terpakai kerana Guan Eng penjawat awam paling tinggi di negeri itu dan ia boleh dipertikaikan oleh rakyat.

“Alasan paling rapuh dan tidak terpakai kerana beliau Ketua Menteri,” katanya.




Addin:

Jikalau betul Guan Eng bersalah dakwalah beliau.. tetapi Rahman Dahlan jangan buat-buat kuman seberang laut nampak tapi Gajah depan mata buat tak nampak. Bila Rahman Dahlan nak nasihat Najib supaya letak jawatan kerana melibatkan skandal berbilion ringgit 1MDB?.. Kenapa buat pekak dann buta?






1 comment:

  1. Guan eng tak tabur dedak...taburlah sikit...berebut2 dia orang...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...