Thursday, 31 March 2016

Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Lagi Undi PAS

Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS ketika ini sudah lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO.

Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah.

Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Lagi Undi PAS

“Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.

“Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.

“Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,”katanya menerusi kenyataan Facebooknya.

Syed Saddiq yang terkenal kerana kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam seharusnya menantang ketidakadilan yang berlaku, bukannnya bertindak menyerang bukan Islam sebagai asas perjuangan.

Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Lagi Undi PAS

“Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam. Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan.

“Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,” katanya.





8 comments:

  1. PAS akan kalah teruk dlm PRU14 ini .. percayalah. Rakyat sudah muak dengan PAS dan gelagat pemimpin2nya.

    ReplyDelete
  2. Okay, taknak undi pas tak pe. Dah kira okaylah tu. Tapi yang pergi merayu kat orang tua tu buat ape. Sekarang telinga dah jadi bingal, tak mendengar. Dengar cakap awak Syed ooi bukan boleh dapat duit. Ada faham ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat hang ni mata duitan ka asal sokong je nak duit lain x ada duit...duit...duit elok pun wala' kat TGHH

      Delete
  3. aku dan keluarga dan sanak saudara aku juga tak akan undi pas lagi.

    ReplyDelete
  4. Haaa..so ko pendebat terbaik di ASEAN ka ASIA ka DUNIA ka..MAYAPADA ka..klu ko sokong Sekular..Liberal and ASSOBIYAH..ko boleh blah! ISLAM WILL WIN..WITH OR WITHOUT YOU! Whilst YOU..YOU CAN GO TO HELL if thats what you CHOSE! puiii

    ReplyDelete
  5. biar kalah beradab daripada kalah tanpa batas susila...bandingkan diri kita dengan orang yang mempunyai ilmu yang dipercayai didunia Islam..betapa kerdilnya kita yang ada ilmu yg sedikit tapi mengeluarkan pendapat tanpa bersandarkan realiti...Jika perjuangan anda sekadar untuk mendapatkan laba dunia teruskan lah...tapi pernahkah anda terfikir dan memahami doa iftitah yang selalu anda baca dalam solat..kalau belum anda cuba baca setiap terjemahannya mudah2an anda tergolong dalam kalangan org yg tidak sesat...

    ReplyDelete
  6. PAS akan menang besar dlm PRU14 ini .. percayalah. Rakyat sudah muak dan meloya dengan parti-parti sekular dan gelagat pemimpin2 sekular dan kegagalan pemimpin sekular membela rakyat.

    ReplyDelete
  7. Sejak adanya penasihat2 kepada Presiden Pas dan ustaz2 muda Pas , PAS dilihat tidak konsisten dengan perjuangan yang selama ini diperjuangkan. Sudah tiada lagi slogan ISLAM FOR ALL , NEGARA BERKEBAJIKAN dan ISLAM RAHMAT SEKELIAN ALAM.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...