Thursday, 10 March 2016

Kejutan!! PAS Dah Insaf..

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, parti itu akan menyokong sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membentangkan usul itu, PAS akan sokong dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut berbuat demikian.

"Di Parlimen tak naik (usul undi tak percaya pada Najib). Kalau naik mungkin kita akan sokong.

"Usul itu tak naik. Kita sokong kalau ada usul untuk undi tak percaya. Kita akan sokong tapi biar la ada dulu usul itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Di tanya sekali lagi sama ada PAS akan menyokong sekiranya usul itu dibentangkan oleh pembangkang di Parlimen, beliau dengan ringkas berkata: "Ya, PAS akan sokong," katanya.






2 comments:

  1. Sembang je la SU Agong PAS ni...mcm dua org nak bergaduh bila rakan2 tolong leraikan lagi kuat dia tunjuk semangat nak bergaduh sbb mereka tahu kawan2 dok tahan drpd bergaduh. Kalau lpskan haram tak beranipun. Wahai SU semlm pandikar amin dah bagitahu x de jln nak buat usul pecat MB secara terus..kena buat notis dlm 14 hari baru usul dibenarkan utk dibacakan dlm dewan. Cara speakar ckp dah dpt kita bhw x de jln usul boleh lps. Tu yg taqiyuddin dok kata kalau ada undi tidak percaya PAS akan sokong sbb PAS dah tahu sampai yaumal kiamat pun usul x percaya tu tak akan berjaya....apa punye tuuuur la geng walaun bi

    ReplyDelete
  2. Kalau dah ada cara nk lucut najib wpun kena ada notis 14 hari cubalah usahakan jgk.. yg penting ada usaha.. ini tidak belum pun cuba dah mula fitnah parti PAS.. inilah perangai PAN.. patutpun x de org mahu dgr ceramah PAN..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...