Monday, 7 March 2016

Kejutan Buat Muhyiddin

Kejutan Buat Muhyiddin. UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran langkahnya yang bekerjasama dengan pembangkang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut beliau, bekas timbalan perdana menteri itu bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol menerusi deklarasi tersebut hanyalah kerana untuk kepentingan diri sahaja.

“Muhyiddin pernah menjadi timbalan presiden UMNO serta anggota Kabinet.Sepatutnya dia gunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hati dan bukan bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Tindakan Muhyiddin itu amat dikesali dan tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana ahli UMNO,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Seri Fadzillah Yusof berkata, deklarasi tersebut membuktikan politik terdesak di Semenanjung akibat ketandusan idea oleh pakatan pembangkang dan dendam peribadi oleh Dr Mahathir.

Kejutan Buat Muhyiddin

“Adalah menjijikkan untuk melihat PKR dan DAP kehilangan saki baki integriti politik untuk bergabung tenaga dengan seorang pemimpin yang PKR dan DAP Sarawak berulang kali mengutuk kerana mengabaikan pembangunan negeri itu.

“Adalah satu fakta yang jelas bahawa tida ada bekas perdana menteri yang menjaga atau melakukan sumbangan besar kepada kebajikan dan pembangunan Sarawak berbanding Najib.

“BN Sarawak mengiktiraf ini dan kami berkerja berdasarkan sumbangan sebenar dan bukan kerana politik terdesak,” kata Menteri Kerja raya itu menerusi kenyataan.

Sementara itu, Anggota MT UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan Dr Mahathir itu semakin tidak rasional dan lebih bersifat peribadi serta cuba mempertikaikan sistem demokrasi negara.

“Sebagai seorang negarawan, sudah pasti Dr Mahathir mempunyai pengalaman dalam memperjuangkan UMNO. Namun, tindakannya duduk sebaris dengan pembangkang terutamanya DAP telah mendukacitakan sesetengah rakyat,” katanya.

Menurutnya keputusan Dr Mahathir keluar UMNO dengan bersekongkol bersama pembangkang juga telah mensia-siakan segala usaha para anggota UMNO yang pernah berjuang dalam parti sewaktu beliau menjadi presiden.

Irmohizam, yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor, juga kecewa dengan tindakan bekas presiden UMNO itu yang berpaling tadah sebelum perang Pilihan Raya Umum ke-14 bermula.





1 comment:

  1. Deklarasi rakyat adalah acuan pembakang dalam menjana keruntuhan institusi pentadbiran negara khususnya dalam menentang pucuk pimpinan tertinggi barisan nasional. Ia bakal ditambah lagi dalam satu rapat besar-besaran kononnya pada 27 Mac yang akan datang. Mahathir merebut kesempatan ini dengan terlebih dahulu meninggalkan umno justru untuk ikut serta dalam melayan karenah untuk kepuasan hatinya. Begitu juga buat Muhyiddin, Mukhriz dan Shafei Afdal tadak ketinggalan turut serta walau pun masih menjadi ahli umno, dan tentulah teramat janggal dengan perbuatan mereka ini kerana telah menodai prinsip keutuhan umno. Ternyata mereka telah merubah pendirian dan umno bukan lagi sebagai persepsi dalam wadah perjuangan mereka. Yang lebih penting mereka sebenarnya mencari kepuasan hati sendiri. Mereka sebenarnya sedang melakar keruntuhan demi keruntuhan yang bakal melibatkan pecahbelahnya kaum, bangsa dan negara dan dunia semakin mengenali rentak politik negara yang menuju kecondongan. Elok sangatlah Muhyiddin dan rakan-rakannya keluar saja dari umno daripada membuat onar tak menentu. Buat Mahathir dalam usia yang dibendung batasan ini elok jugalah berhenti daripada memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Janganlah mencemari politik dengan siasah mendorong umat-umat berpecah belah dan benci-membenci seseorang. Kerana sesungguhnya nilai akhlak mengatasi segala-galanya dan politik berakhlak sewajarnya mengenepikan sebarang tohmah dan dendam.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...