Thursday, 17 March 2016

Kantoi!! Macam Mana PAS Nak Jawab Isu Ini?

DAP memulang paku buah keras kepada PAS susulan tindakan parti Islam itu mengambil pendirian bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bahawa hudud tidak sesuai dilaksana di Malaysia.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, mempersoal mengapa PAS tidak mengambil pendirian seperti itu sewaktu mereka bersama-sama bergandingan dalam suatu hubungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Sikap PAS pada ketika itu, menurut Teo Nie Ching, akhirnya menyebabkan hubungan mereka terlerai dan pakatan itu terkubur.

“Ingatkah sebelum ini PAS berkata, adalah dosa besar sekiranya orang Muslim menolak hudud berbanding bukan Islam menolak hudud? Jadi saya rasa PAS perlu jawab (soal dosa) ini,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ekoran itu, Nie Ching, mendesak PAS supaya bertanggungjawab untuk memberi penjelasan secara terperinci berhubung keputusan tersebut.

“Apabila PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan politik dengan DAP, salah satu sebabnya adalah kerana DAP berpendirian bahawa hudud tidak sesuai di negara ini memandangkan ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Semalam, Presiden IKATAN, menyatakan hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Walaupun bergabung dengan PAS, mereka berpendapat bahawa hukum hudud tidak sesuai.





4 comments:

  1. Saudara,sebelum saudara menulis post ini,media rasmi PAS dah jawab berkenaan isu ini.mohon rujuk media rasmi PAS.Jadikanlah ISLAM sebagai Ad-deen,bukan sekadar nama blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko baru keluar dari gua mana bro ...walaun macam ko ni mmg umno suke

      Delete
  2. Mohd Fitri Bin Asmuni
    15 hrs · Ipoh, Malaysia ·

    Saya sengaja tidak mahu memberi komentar segera sejurus selepas pembentukan Blok ke-3 PAS-IKATAN semalam (16.03.2016) untuk mengelak daripada tersilap mengambil berita daripada sumber-sumber yang dianggap separuh masak.

    Saya cuba untuk "observe" dahulu walaupun di media sosial sudah viral mengenai pendirian Presiden PAS dan IKATAN ataupun Blok ke-3 berkaitan perlaksanaan hudud di Malaysia.

    Saya TABAYYUN semua sumber dan maklumat yang ada di sekeliling termasuk dari laporan media, kenyataan media dan laman rasmi PAS sendiri.

    Daripada semua sumber berikut, maka saya memilih (1) kenyataan media Syaiful Hizam, Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan PAS Pusat, sidang media (2) Presiden PAS dan (3) IKATAN, penjelasan (4) Ketua Dewan Ulama PAS dan (5) Ketua Penerangan PAS Pusat sebagai sandaran kerana ianya adalah sumber primer daripada mereka sendiri.

    Maka kesimpulan daripada kelima-lima sumber yang saya rujuk di atas, PAS dan Blok Ke-3 berpendirian bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan dan/atau ditangguhkan dan/atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

    Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama PAS ie. Hudud selepas pembentukan Blok Ke-3 semalam, Presiden PAS menegaskan bahawa PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan yang ada pada hari ini.

    Kalau inilah pendirian PAS, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah.

    Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka tahu apa kesannya kalau menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar PAS menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan. Namun pandangan mereka diperkecilkan, keimanan mereka dipersoalkan dan kesetiaan mereka kepada PAS dipertikaikan.

    Tetapi hari ini PAS terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan AMANAH mengenai hudud kerana mungkin mereka baru tersedar dari tidur bahawa realiti di Malaysia, banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan daripada hanya menumpukan kepada perlaksanaan hudud semata-mata.

    Kalau sebelum ini pimpinan PAS dilihat seolah-olah menafikan kuasa rakyat dan peranan Perlembagaan apabila mereka dengan egonya bercakap bahawa apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi hari ini PAS terpaksa akur apabila Presiden IKATAN sendiri berkata semalam bahawa perlaksanaan hudud kita serahkan kepada kehendak rakyat.

    Malangnya, PAS lebih akur dengan pandangan Presiden IKATAN yang tidak pernah menjadi ahli PAS pun berbanding dengan pandangan bekas pimpinan PAS yang sudah bertahun-tahun menjadi ahli PAS, hidup dalam PAS, berjuang dengan PAS, bersusah payah untuk PAS.

    Sungguhpun begitu, kami yang berada di dalam AMANAH tidak pernah merasa kecewa kerana kami yakin rahmat Allah itu Maha Luas bahawa Islam itu bukan milik PAS semata-mata dan kemenangan Islam itu bukan untuk PAS semata-mata, malah Islam adalah milik semua umat Islam yang cintakan Islam dan kemenangan Islam boleh dianugerahkan kepada sesiapa saja yang ikhlas...

    Maafkan sahabat saya dalam PAS, apa yang saya tulis adalah berdasarkan kepada sumber-sumber anda sendiri..

    ReplyDelete
  3. Sudah kalau x Paham Melayu ni

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...