Tuesday, 15 March 2016

Gempar!! Berita Memalukan Negara..

Gempar!! Berita Memalukan Negara. Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.

‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.

Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.

Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.

Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.

Gempar!! Berita Memalukan Negara

Menurut laporan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada dalam kedudukan yang janggal apabila beliau melawat Malaysia bulan lalu.

Ini kerana empat bulan sebelum itu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa AS$700 juta (kira-kira RM3 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dana AS$700 juta yang didakwa datangnya dari wang pelaburan negara itu mengaitkan Najib secara langsung dengan firma yang dicetusan ilhamnya - 1MDB.





2 comments:

  1. dia org ni mcm najib muka dah TEBAL nak malu apa
    yg malu kita,,,

    ReplyDelete
  2. betul bro...duit punya hal...maruah dibuang jauh...kesian...mereka mereka ini...didikan agama amat jelas....tapi.......tak tau la nak kata...hang pikiaq la sendiri wahai rakyat Malaysia...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...