Tuesday, 29 March 2016

Gambar-Gambar Sekitar Kejadian Pesawat Egypt Air Dirampas

Gambar-Gambar Sekitar Kejadian Pesawat Egypt Air Dirampas. Sebuah pesawat domestik milik EgyptAir dilaporkan telah dirampas ketika dalam penerbangan dari bandar Iskandariah ke Kaherah. 

Difahamkan, pesawat tersebut telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Larnaka, Cyprus pagi tadi dan dipercayai terdapat sebutir bom berada di dalamnya. Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan yang perampas pesawat itu lebih dari seorang. 


Gambar-Gambar Sekitar Kejadian Pesawat Egypt Air Dirampas. Sehingga ke saat ini, perampas pesawat itu telah melepaskan 20 penumpang dan mendesak agar kenderaan pihak berkuasa tidak mendekati pesawat berkenaan. Bagaimanapun, mereka tidak membuat sebarang tuntutan. 

Lapangan Terbang Larnaka

Lapor The Guardian, hanya penumpang wanita dan kanak-kanak yang mempunyai status warganegara Mesir dibenarkan keluar dari pesawat itu.

Gambar terkini, susur tangga dibawa ke pesawat MS181

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Mesir berkata, juruterbang pesawat itu telah diancam oleh seorang penumpang dengan tali pinggang bunuh diri. 


Gambar-Gambar Sekitar Kejadian Pesawat Egypt Air Dirampas

Selain itu, lapangan terbang Larnaka juga ditutup serta merta kepada orang luar. Pesawat Egypt Air MS181 itu membawa 55 penumpang dan 5 anak kapal. 


Dari sumber rasmi EgyptAir, selepas berunding dengan pihak perampas, kesemua penumpang pesawat MS181 dibenarkan keluar kecuali anak-anak kapal dan 4 warga asing yang belum dikenal pasti.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...