Saturday, 12 March 2016

PAS Kelantan Tergamam Lihat Kejadian Ini?

Bekas naib presiden Pas Dato' Husam Musa berkata usaha mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan adalah bertepatan dengan ajaran agama Islam. 

Menurut beliau perkara ini dinisbahkan kepada tindakan nabi SAW yang menyertai peristiwa "Hilful Fudhul" semasa baginda masih remaja lagi. 

"Dalam peristiwa ini nabi SAW menyertai sekumpulan penduduk Mekah yang membuat perjanjian untuk membela peniaga yang dianiaya seorang pembesar yang enggan membayar hutang," kata beliau di majlis ceramah perdana mantan ahli parlimen Kubang kerian 10 Mac lalu. 

Ceramah anjuran sebuah NGO itu diadakan di bandar setelit Pasir Tumboh dan dipengerusikan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ustaz Baihaki Atiqullah.

Menurut Husam walaupun kumpulan yang membuat perjanjian tersebut adalah terdiri daripada penyembah-penyembah berhala baginda nabi tidak teragak-agak untuk menyertainya kerana ia melibatkan soal maruah dan integriti. 

Beliau yang turut menandatangani deklarasi rakyat yang mendesak Najib berundur menyeru orang ramai menyertai kempen ini kerana ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan bertepatan dengan ajaran Islam. 

"Dalam kisah hilful fudhul pembesar Mekah itu hanya khianat kepada seorang peniaga sedang dalam kes Najib pengkhianatan dilakukan kepada sejumlah rakyat yang begitu ramai," jelasnya. 

Beliau mengambil contoh kes Tabung Haji (TH) bagaimana badan yang dimiliki umat Islam itu diperalat untuk membeli sebidang tanah dengan harga berganda yang tidak masuk akal semata-mata untuk melindungi skandal 1MDB

"Berapa ramai pendeposit TH yang dianiayai dan dikhianati dalam kes ini sahaja," soal beliau. 

Beliau melahirkan rasa terkejut kerana ada pihak yang mendakwa mendesak PM meletak jawatan akan membawa huru-hara dan keadaan anarki. 

"Dalam perlembagaan negara kita seorang perdana menteri boleh meletakkan jawatan sebagai salah satu kaedah peralihan kuasa yang dibenarkan," 

"Ini telah berlaku kepada Tun Husein Onn, Tun Abdullah Badawi dan Kepada Tun Mahathir sendiri. kata beliau. 

"Masa mereka ni undur dengan meletakkan jawatan mana ada masalah," kata beliau. 

Turut berceramah dimajlis tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Haji Mohd Sabu dan timbalannya, Haji Salahuddin Ayub.- Malaysia Dateline 










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...