Tuesday, 29 March 2016

DUN Sarawak Dibubarkan Minggu Ini?

DUN Sarawak Dibubarkan Minggu Ini? Tan Sri Adenan Satem terus berteka-teki mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan berkata ia akan dilakukan dalam masa terdekat.

Adenan yang terus diasak dengan soalan sama ada beliau akan bertemu Gabenor pada Rabu untuk menasihati agar DUN dibubarkan atau sebelum lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak hujung minggu ini, Ketua Menteri Sarawak itu sekadar menjawab: "Mari kita tetapkan tidak lama lagi.

Beliau berkata tiada gunanya membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya negeri itu kerana ia semakin hampir.

Sebaik sahaja DUN dibubarkan, Adenan berkata, ia terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Adenan bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan orang ramai di Batu Kitang dan Batu Kawah di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching.

DUN Sarawak Dibubarkan Minggu Ini?

Pada sidang akhbar yang berlangsung secara ringkas, beliau mengumumkan 11 calon dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri itu.

Ia termasuk empat muka baru iaitu Christopher Gira, 45 (Tamin), Wilson Nyabong Ijang, 57 (Pelagus), Chuk Pai, 47 (Murum) dan Majang Renggie, 57 (Samalaju).

Selebihnya adalah penyandang Tan Sri James Masing, yang juga Presiden PRS di Baleh, Snowdan Lawan (Balai Ringin), Datuk Mong Dagang (Bukit Begunan), Malcom Mussen (Batang Ai), Alexander Vincent (Ngemah), Datuk John Sikie (Kakus) dan Liwan Lagang (Belaga).

"Ini adalah sebahagian daripada pasukan saya bagi calon Barisan Nasional (BN) yang saya terima dari PRS," katanya.

Adenan berkata beliau akan membuat pengumuman sama untuk parti komponen lain juga mewakili BN apabila tiba masanya nanti.




Jom datang beramai-ramai!!



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...