Tuesday, 8 March 2016

Disebabkan Takut.. Dewan Rakyat Tolak Soalan Peguam Negara?

Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan tindakan Dewan Rakyat menolak soalan menyentuh berkenaan siasatan Peguam Negara Switzerland berhubung dakwaan penyelewengan AS$4 bilion wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara soalan yang ditolak adalah daripada ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan permintaan dan bantuan yang diperlukan peguam negara Switzerland berhubung siasatan isu tersebut.

Selain itu, turut menerima nasib sama ialah ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang bertanyakan perkara sama kepada Najib.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman turut menerima nasib sama.

Usul berkenaan meminta Najib menyatakan status wang baki daripada derma RM2.6 bilion yang tidak dipulangkan.

Pertanyaan mereka ditolak atas alasan sesuatu petanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji, atau keji yang mengandungi kalimah-kalimah yang mengelirukan, menyindir, atau menyakitkan hati ataupun mengenai perkara-perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Salinan makluman soalan-soalan yang ditolak itu ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Lim ketika tamat sesi pertanyaan soal jawab lisan di Dewan Rakyat bangkit mempersoalkan kewajaran soalannya ditolak kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar bagaimanapun berkata pihaknya akan meneliti perkara itu sebelum memberikan makluman balas kepada pertanyaan beliau.





1 comment:

  1. NAJIB SERTA SPEAKER BANGSAT ITU PATUT DITANGKAP OLEH PIHAK BERKUASA .TAPI PIHAK BERKUASA MELINDUNGI PENJENAYAH

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...