Wednesday, 30 March 2016

Bukan Pengganas Tetapi Lelaki Tolol Rampas Egypt Air

Bukan Pengganas Tetapi Lelaki Tolol Rampas Egypt Air. Pesawat EgyptAir yang dirampas daripada perjalanan ke Kaherah bukan kegiatan pengganas tetapi tindakan seorang lelaki yang ingin bertemu bekas isterinya di Cyprus.

Tindakan Ibrahim Samaha itu menimbulkan kegemparan media dunia apabila dilaporkan membawa bom. Bagaimanapun tidak pengesahan rasmi tentang bahan letupan. Ada media menyebut tiada bom seperti dilaporkan sebelumnya.

Penerbangan tempatan MS181 dari Iskandariah dipaksa mendapat di lapangan Larnaca, Cyprus dan semua penumpang kini dibenarkan meninggalkan pesawat Airbus 320, lapor portal News.com.au di sini.

Portal Australia juga memetik kenyataan Kementerian Luar Mesir yang menyifatkan “lelaki itu bukan pengganas, tetapi dia seorang yang bahlul.”

“Pengganas memang gila, tetapi mereka tidak bodoh [macam] lelaki ini,” satu kenyataan kementerian itu dipetik.

Bukan Pengganas Tetapi Lelaki Tolol Rampas Egypt Air

Presiden Cyprus berkata 49 penumpang telah dibebaskan. “Rampasan ini tiada kena-mengena dengan kumpulan pengganas,” kata Nicos Anastasiades.

Gambar Ibrahim Samaha memakai tali pinggang yang didakwanya
mengandungi bom dirakam di atas pesawat dan dikongsi di media sosial
Foto Ibrahim, yang tersebar meluas di media sosial susulan insiden mengejutkan ini, bagaimanapun belum dapat disahkan.

Bukan Pengganas Tetapi Lelaki Tolol Rampas Egypt Air

Lelaki itu, 27 tahun, memohon suaka politik di negara itu dan ingin berkomunikasi dengan bekas isterinya Marina Paraschou yang tinggal di Oroklini, tidak jauh dari Larnaca.

Wanita itu dilaporkan dibawa ke lapangan terbang dan media juga melaporkan Ibrahim mencampak nota untuk disampaikan kepadanya.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...