Sunday, 27 March 2016

Berita Paling Gembira Buat Rakyat Malaysia

Tidak diragui lagi bahawa perlantikan ini adalah berita paling menggembirakan bagi rakyat Malaysia.

Sama seperti jawatan lain yang disandangnya, antaranya Penasihat MAS dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam atau IKIM. 

Jawatan baru ini tentunya turut mampu melonjakkan lagi syarikat minyak negara itu.

Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baru, berkuat kuasa 1 April ini. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu.
"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib dalam satu kenyataan pada 11 Mac lalu.
Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan. 
Sementara itu, Abdullah berharap dapat menyumbang dan membantu pengurusan Petronas bagi mencapai pencapaian lebih tinggi. 
Abdullah dalam satu kenyataan berkata beliau amat menghargai pelantikan itu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kepercayaan yang diberi kepadanya. 
"Saya mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia di atas pelantikan saya sebagai penasihat Petronas," katanya. ~bernama



2 comments:

  1. dedak kamu sudah d sediakan.bersiaplah untuk memakannya.

    ReplyDelete
  2. Bertuah betui Pak Lah. Tak payah bising-bising macam Tun M. Dapat durian runtuh.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...