Wednesday, 16 March 2016

Kisah Dari Pulau Pinang Yang Mungkin Disembunyikan..

Kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara memiliki hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM16.8 bilion setakat 31 Disember 2015, kata Kementerian Kewangan. 

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), negeri yang mempunyai jumlah hutang yang paling banyak ialah Pahang RM2.9 bilion, Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion dan Kedah RM2.3 bilion. 

Pulau Pinang pula mempunyai jumlah hutang paling sikit iaitu RM69.3 juta, diikuti Johor RM249 juta dan Perlis RM373.2 juta. 

Menurut Kementerian Kewangan, pinjaman itu diberi bagi tujuan membiayai projek kemudahan asas antaranya projek bekalan air, industri, perumahan awam kos rendah dan lain-lain projek.

"Setakat 31 Disember 2015, hutang yang belum dijelaskan oleh semua kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM16,824,607,187.41," kata kementerian itu. 

Berita Mengenai Pulau Pinang Yang Mungkin Disorok..

Kementerian Kewangan menjawab soalan Teresa mengenai hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan yang masih belum dibayar sehingga Disember 2015. 

Negeri-negeri lain ialah Johor RM249.1 juta, Negeri Sembilan RM942.76 juta, Melaka RM950.97 juta, Perak RM608.63, Selangor RM1.32 bilion dan Kelantan RM1.34 bilion. 

Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan. ~mk


Addin:

Pahang merupakan negeri yang paling banyak berhutang dengan pusat, ini membuktikan tadbir urus yang teruk. Eloklah tukar MB yang lama tu... 

Pulau Pinang pula, negeri yang paling sedikit hutang. Pelbagai serangan yang dibuat oleh Umno BN terhadap Pulau Pinang sebenarnya membuktikan mereka mempunyai pentadbir yang baik di sana.

Jikalau macama nilah prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang nampaknya tipislah harapan BN untuk rampas semula..




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...