Friday, 25 March 2016

Najib Menggelupur Dengan Perkembangan Terbaru Ini?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menjangkakan sejumlah besar ahli Umno akan muncul untuk program ‘Selamatkan Malaysia’ anjurannya pada Ahad ini.

"Siapa tahu, kumpulan terbesar yang akan datang pada Ahad ini mungkin adalah ahli Umno.

Ramai ahli Umno mohon untuk datang. Saya telah beri seberapa banyak mana (jemputan) yang boleh diisi dalam dewan," kata Zaid kepada Malaysiakini hari ini.

Antara pemimpin Umno yang akan membuat penampilan pada majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam itu adalah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang disingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Apabila disoal sama ada terdapat pemimpin Umno terkenal lain akan turut bersama, Zaid berkata mereka bukan mahukan pemimpin yang menonjol tetapi berani."Janganlah kita harapkan ahli kabinet akan datang," katanya secara berseloroh.

Perhimpunan yang berdasarkan atas dasar jemputan sahaja akan bermula pada 1 tengah hari kerana ia adalah Hari Easter, katanya dan ia dijangka berakhir sekitar jam 6 petang.

Menurut Zaid Ibrahim, satu sidang media dengan 19 pemimpin akan diadakan selepas itu.

Antara mereka yang dijangka itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Mukhriz, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu, bekas Setiausaha Agung MIC S Murugesan, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Zaid berkata, walaupun pada mulanya beliau hanya mengundang 1,000 tetamu tetapi kini menganggarkan sekitar 1,500 jemputan akan hadir pada Ahad ini."Dewan pasti penuh," katanya.


Sumber








4 comments:

  1. WAYANG WAYANG BESAR UMNO TERUS BERKUMANDANG DGN DGN LESU .ISU GUAN ENG ,ISU KBS DAN ISU ISU DANESH SERTA IS DI GEMPURKAN.RAKYAT SUDAH JELAK.RAKYAT TAHU INI CUBA MEMUTUP CURI DANA NEGAR

    ReplyDelete
  2. amat merugikan buat perkara yang tak berfaedah ini dan ia nye lebih jelas tujuan nye untuk menujulkan diri.terbaik beramai ramai tangkap najib/rosmah dan semua menteri

    ReplyDelete
  3. Najib menggelupur ke? Tak nampak pun tanda2 dia nak turun ni.

    ReplyDelete
  4. HUH!INGAT 3 JUTA AHLI UMNO AKAN HADIR,RUPA NYER 17 KERAY SAJO.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...