Wednesday, 16 March 2016

Apa Ke Teruk Sangat Dato Ni? Bantuan Rumah Mangsa Banjir Pun Nak Kebas Ke?

Sebanyak 50 individu termasuk seorang berpangkat datuk dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan membaiki pulih rumah mangsa banjir di Kelantan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban berkata, siasatan itu berkaitan peruntukan sebanyak RM880,000 untuk membaiki 441 buah rumah mangsa banjir di Tanah Merah.

"Daripada siasatan yang dibuat bermula 14 Feb lepas, kami dapati seramai enam kontraktor dan sembilan sub kontraktor yang dipertanggungjawabkan membaiki rumah berkenaan hanya menggunakan sebanyak RM550,000 daripada peruntukan manakala selebihnya disyaki diselewengkan pihak ketiga," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugasnya sebagai Pengarah SPRM Kelantan kepada Datuk Mohd Samsudin Yusof yang sebelum ini Pengarah SPRM Putrajaya.

Abd Aziz pula menggantikan Mohd Samsudin sebagai Pengarah SPRM Putrajaya. Abd Aziz berkata, SPRM Kelantan kini dalam peringkat akhir siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Mohd Samsudin yang pernah bertugas di Kelantan pada 1995 hingga 1999 berkata, beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan Abd Aziz bagi membanteras jenayah rasuah di Kelantan dan memperkasakan lagi kerjasama dengan kerajaan negeri dan jabatan-jabatan berkaitan. ~bernama















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...