Sunday, 6 March 2016

Akhirnya Anak Mahathir Dedah Matlamat Sebenar Deklarasi Anti Najib

Akhirnya Anak Mahathir Dedah Matlamat Sebenar Deklarasi Anti Najib. Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat yang menurutnya tidak bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya bertujuan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak dengan seorang perdana menteri lain dari parti pemerintah itu.

Deklarasi Rakyat menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari pembangkang dan masyarakat sivil menyeru penyingkiran Najib berhubung dakwaan skandal yang menyelubunginya dan untuk melaksanakan pembaharuan institusi.

"Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP.

"Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.

"Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru - dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, bukan dari pembangkang," katanya dalam satu kenyataan.

Mukhriz berkata pembangkang turut serta kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kepimpinan Najib.

"Kalau ikut lojik, pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total.

"Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa?

Akhirnya Anak Mahathir Dedah Matlamat Sebenar Deklarasi Anti Najib

"Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa," katanya.

Mukhriz mengulangi bahawa deklarasi itu tidak akan membawa kepada kejatuhan BN dan pembangkang faham dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

"Kenyataan beberapa pemimpin Umno bahawa rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN.

"Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut?


"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14," katanya.





5 comments:

  1. Sanggup ke orang pas melihat najib menghancurkan negara dan menambah kekuatan kuasanya sebelum GE14. Silap hari bulan tiada lagi pilihanraya. Pilihanraya yg ada sekarang pun tidak telus, apalah yang hendak diharapkan daripada orang yang gila kuasa?

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya umno/bn memang akan tumbang pd pru14 jika mereka tak menipu undi. Mukris kata umno/bn kuat adalah temberang, cuma mereka sekarang berkuasa sbb itu nampak kuat.Dgn kuasa mereka boleh buat apa sahaja, tanpa kuasa mereka bangsat. Apa yg akan jadi jika puak umno yg sokong deklarasi selamatkan Malaysia disingkirkan dari umno? Mereka akan jadi mcm pengemis tanpa parti. P.Harapan tak terlibat secara langsung & tetap untuh menentang umno/bn pd pru14 sebagai pembangkang. Pemimpin yg dibuang dari umno nak pergi mana? Sendiri mau ingat?

    ReplyDelete
  3. betul jgk kata hadi hari tu

    ReplyDelete
  4. Woi.. ko ingat pembangkang nak sign ke kalau nak pertahankan BN? Deklarasi tu dh sebut semua institusi kena ubah. Maknanya tak semestinya BN tetap berkuasa. Bergantung pada rakyat nak pilih saper PM nanti. Saper pun bole jdi PM tak kira dari parti mana sekalipun asalkan dia layak & amanah.

    ReplyDelete
  5. Kenapa amno ni cuba buat org mcm aku faham yg deklarasi rakyat tu nk tumbangkn bn! Aku pon cuma nk najib je turun dan penggantinye mestilh org bn jugak, baru lh pru akn dtg pluang bn lbih cerah! Jgn kelirukn org mcm aku ni amno oiii!!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...