Friday, 18 March 2016

Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Adnan Abu Hassan
Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia. Komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang jam 2.17 pagi tadi.

Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang sekitar jam 2 pagi semalam akibat serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Sebelum ini, Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas, Sham Amir Hussain berkata, doktor mengesahkan keadaan komposer itu sedang tenat malah turut meminta ahli keluarga berada di sisinya untuk memberikan semangat.

Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

"Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

‎“Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat," katanya.

Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Adnan merupakan komposer yang bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim melalui karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Baca berita berkaitan sebelum ini.















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...