Wednesday, 17 February 2016

Umno Tiada Kaitan Siasatan Terhadap Mahathir, Umno Bersih... Ini Buktinya

Umno Tiada Kaitan Siasatan Terhadap Mahathir, Umno Bersih... Ini Buktinya. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta agar isu siasatan keatas Tun Dr Mahathir Mohamad dan samada bekas Perdana Menteri itu akan ditahan tidak lagi dikaitkan dengan UMNO.

Sebaliknya, beliau meminta media supaya merujuk perkembangan hal itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Ia tiada kaitan dengan UMNO, sila dapatkan IGP,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen kosmetik halal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Semalam Mahathir sekali lagi mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Umno Tiada Kaitan Siasatan Terhadap Mahathir, Umno Bersih... Ini Buktinya

Mahathir menggesa Apandi bersumpah dengan Al-Quran bagi membuktikan kebenaran bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat jikalau benar kandungan blog milik Mahathir itu mempunyai unsur fitnah.

Ia ekoran beberapa laporan polis telah dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak polis tidak akan berlengah lagi untuk memulakan siasatan ke atas beliau.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...